Semakan Keputusan SPM Ulangan 2019

2859
views

Panduan buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) pada tahun 2019.

Pihak kementerian pendidikan Malaysia telah mengumumkan melalui kenyataan rasmi bahawa keputusan SPM Ulangan 2019 akan diumumkan pada hari Rabu, 28 Ogos 2019.

Semakan Keputusan SPM Ulangan Secara Online

Semakan keputusan secara online menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

Klik pada pautan semakan secara online Sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPMU Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan

Masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia

Nota : Sistem aplikasi bagi tujuan semakan hanya akan diaktifkan bermula tarikh hebahan keputusan diumumkan.

Semakan Keputusan SPM Ulangan Secara SMS

Caranya adalah dengan menaip format penghantaran mesej : SPMU <jarak> Nombor Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran dan hantarkan ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan

Slip keputusan penuh boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk peperiksaan berkenaan atau dimaklumkan mengenai keputusan masing-masing melalui pos. Semoga berjaya kami ucapkan!

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter