Semakan Keputusan SPM Ulangan 2018 Online

922
views

Kepada pelajar yang telah mengambil peperiksaan SPM Ulangan pada bulan Julai yang lalu, anda boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2018 (SPMU) bermula hari Khamis 13 September.

Semakan keputusan SPM ulangan boleh dibuat menerusi SMS atau secara online di portal Lembaga Peperiksaan bermula jam 10 pagi 13 September sehingga 6 petang, 19 September 2018.

Semakan Keputusan SPM Ulangan 2018

Keputusan peperiksaan boleh dibuat secara online melalui pautan yang disediakan dibawah

Nota : Pautan di atas hanya akan beroperasi bermula 13 September jam 10 pagi hingga tarikh akhir 19 September jam 6 petang.

Slip keputusan peperiksaan pelajar akan diposkan ke alamat rumah calon masing-masing.

Cara Semakan Melalui SMS

Keputusan SPM Ulangan juga boleh dibuat menerusi sistem khidmat pesanan ringkas atau SMS.

Caranya : Taip SPMU <jarak> No. Kad Pengenalan <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh : SPMU 950203095321 VW8055 dan hantarkan ke 15888

Seperti biasa caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan bagi setiap satu mesej yang dihantar.

Permohonan Menduduki Semula SPM

Setiap tahun Lembaga Peperiksaan akan membuka permohonan SPM Ulangan, biasanya dalam bulan Mac. Jika ada calon yang ingin menduduki SPM ulangan pada bulan Julai atau November, anda juga diwajibkan untuk memohon pada bulan Mac sahaja.

Setiap subjek dikenakan caj RM20 kecuali Bahasa Inggeris RM20.50.

Borang permohonan boleh dimuat turun secara online pada pautan yang disediakan dibawah atau boleh diambil di Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter