Semakan Keputusan Rayuan UPU Ke UA/IPTA Sesi 2018

1738
views

Semakan Keputusan Rayuan UPU ke Universiti Awam (UA) / Politeknik Premier Sesi 2018 bagi lepasan SPM/Setaraf.

Keputusan dan pemilihan bagi calon berjaya dalam permohonan rayuan adalah berdasarkan kekosongan tempat yang ada selepas pendaftaran pelajar baharu.

Semakan Keputusan Rayuan UPU

Calon yang terbabit atau telah membuat permohonan E-Rayuan UPU Online boleh mendapatkan maklumat tarikh hebahan dan pautan sistem aplikasi semakan menerusi ruangan yang disertakan seperti berikut

Tarikh hebahan keputusan rayuan

Bagi calon lepasan SPM/setaraf

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke UA / Politeknik Premier bagi lepasan SPM/setaraf akan dibuka mulai :

  • 5 Jun 2018 ( Selepas jam 12 tengah hari )

Bagi calon lepasan STPM/setaraf

Semakan keputusan rayuan kemasukan ke UA bagi lepasan STPM/setaraf secara online boleh dibuat mulai:

  • akan dikemaskini

Semakan Keputusan Rayuan UPU Secara Online

Semakan keputusan rayuan UPU untuk ke UA / Politeknik Premier secara online boleh dibuat di pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my

Pemohon boleh juga membuat semakan dengan menggunakan mana-mana saluran alternatif (agensi KPT) semakan UPU online seperti di bawah bagi keputusan status permohonan rayuan Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier sahaja

Semakan Rayuan UPU Melalui SMS

Berikut adalah cara membuat semakan keputusan rayuan kemasukan ke IPTA / Politeknik Premier melalui SMS:

Taip UPU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan]

Contoh: UPU RESULT 990325035243

Hantarkan SMS ke 15888

Pengesahan / Cetakan Surat Tawaran

Bagi rayuan berjaya, maklumat untuk pengesahan dan cetakan surat tawaran mengikut Universiti Awam (UA) / Institut IPTA yang telah ditetapkan kepada calon berjaya akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan tersebut setelah semakan dibuat

Maklumat Lanjut

Sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web BPKP (UPU) untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini.

Anda boleh juga hubungi talian helpline UPU 03-88708200 pada hari bekerja dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.