Kepada pelajar lepasan SPM yang ada membuat rayuan untuk ke Tingkatan 6, kini anda boleh membuat semakan tawaran secara atas talian (online).
Keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh di semak menerusi sistem aplikasi semakan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan Keputusan Dan Rayuan Tingkatan 6
Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai semakan keputusan rayuan Tingkatan 6 2017 yang mengandungi maklumat tarikh dan cara membuat semakan.
Tarikh semakan : 13 Jun sehingga 23 Jun 2017
Tarikh Pendaftaran : 19 Jun 2017
Nota : Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 19 Jun 2017.
Cara Membuat Semakan Keputusan
1. Secara Online
Sila klik laman semakan rayuan Tingkatan 6: https://sst6.moe.gov.my/keputusanrayuanT6/
2. Melalui SMS
Pelajar juga boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:
- Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888 atau
- Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berhubung dengan Tingkatan 6 yang merangkumi Kerangka Konseptual, Latar Belakang, Syarat Kemasukan, Matlamat, Objektif, Penjenamaan Semula Tingkatan Enam, Pusat Tingkatan 6, Kurikulum dan Kokurikulum, Tempoh Pengajian, Pentaksiran dan Yuran, sila layari judul pautan yang disertakan di bawah
- Maklumat Rasmi Tingkatan 6 Kementerian Pendidikan Malaysia
- R1_SYARAT KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2017.PDF
- R2_SOALAN LAZIM.PDF