Semakan Keputusan Permohonan Pelajar ke Timur Tengah

1757
views
Iklan Infopelajar2u

Kepada pelajar yang sebelum ini membuat permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (MESIR, JORDAN dan MOROCCO), anda sudah boleh membuat semakan permohonan lepasi syarat bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Diploma Qiraat, Ulum Islamiah dan Pengajian Islam.

Permohonan Pelajar ke Timur Tengah (MESIR, JORDAN & MOROCCO)

Semakan permohonanan lepasi syarat dibuka pada hari ini 27 April 2017 (Khamis) jam 12.00 tengahari.

Pemohon yang berjaya melepasi syarat perlu menghantar dokumen sokongan yang lengkap selewat-lewatnya pada 26 Mei 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang. Permohonan yang lewat tidak akan diterima dan diproses.

Kepada yang hendak membuat semakan boleh klik pada pautan yang disediakan dibawah untuk terus ke portal semakan permohonan.

Kami ucapkan tahniah kepada anda yang berjaya dan kepada yang gagal usah berdukacita. Masih ada banyak lagi peluang di luar sana.