Semak Keputusan PSPM 2016 Online. Pemakluman kepada calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) sesi 2016/2017, adalah diberitahu bahawa pengumuman serta keputusan peperiksaan calon boleh diperolehi mulai pada tarikh 28 Disember 2016.
Calon peperiksaan yang terlibat bagi tujuan semakan adalah Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I dan Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I dan III.
Semakan Keputusan PSPM Sesi 2016 / 2017 Online
Tempoh pengajian program pra–universiti adalah selama dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) manakala bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) adalah untuk tempoh 4 semester. Keputusan yang cemerlang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi ke IPTA melalui Permohonan UPU online.
1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) Semester I Sesi 2016/2017
- Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 28 Disember 2016 bermula jam 400 petang
2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester I Sesi 2016/2017
- Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 28 Disember 2016 bermula jam 400 petang
3. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) Semester III Sesi 2016/2017
- Keputusan PSPM I Sesi 2016/2017 akan diumumkan pada 28 Disember 2016 bermula jam 400 petang
* Masa atau waktu bagi mendapatkan keputusan PSPM adalah tertakluk kepada pengurusan Kolej masing-masing, waktu Umum bermula pada jam 10 pagi, bagaimanapun terdapat Kolej Matrikulasi yang menetapkan pada waktu tengahari (jam 12 tengah hari) atau petang (jam 4 petang)
Cara Mendapatkan Keputusan PSPM
a) Semakan Online Melalui Laman Web
- Layari http://matrikulasi.moe.gov.my/keputusan_exam/
- Masukkan : (No Kad Pengenalan Calon)
b) Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
- Taipkan MOE MAK <no kad pengenalan> hantar ke 15888
- Contoh : MOE MAK 890215025789 hantar ke 15888
c) Panggilan Telefon
- Kolej masing-masing
- Sektor Hal Ehwal Akademik Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03 88844021
Sila dapatkan maklumat lanjut melalui pengurusan atau melalui laman web rasmi Kolej Matrikulasi masing-masing.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter