Semakan Keputusan MUET Sesi 2 Julai 2018 Online Dan SMS

13193
views

Semakan Keputusan MUET Online. Kepada calon yang telah menduduki peperiksaan MUET sesi 2 Julai yang lepas, tarikh semakan keputusan diumumkan adalah pada 14 September 2018.

Semakan keputusan boleh disemak secara online dan melalui SMS pada tarikh rasmi keputusan diumumkan. Buat mereka yang bercadang untuk menduduki peperiksaan MUET di tahun 2018, sila rujuk jadual peperiksaan di Kalendar MUET.

Semakan Keputusan MUET 2018 Online Dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan MUET Sesi Julai 2018 merangkumi tarikh, applikasi dan cara membuat semakan.

  • Tarikh : 14 September 2018 ditutup pada 13 Oktober 2018.
  • Masa : Bermula jam 10.00 pagi

Semakan MUET melalui SMS

  • Taip MUET [jarak] RESULT [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888

Caj penghantaran sebanyak RM0.15 akan dikenakan manakala caj penerimaan pula adalah sebanyak RM0.20 (Tidak termasuk GST). Perkhidmatan disediakan untuk penggunan Celcom, Maxis, Digi U Mobile dan Tune Talk.

atau

Semakan MUET online

Baca Juga : Ini dia 4 Tips Untuk Lulus MUET Dengan Cemerlang

Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET

Calon yang ingin membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET, boleh merayu seperti panduan dan syarat berikut :-

  • Caj rayuan semakan semula keputusan : RM70.00
  • Tarikh tutup : Seminggu selepas tarikh keputusan ujian MUET diumumkan
  • Pemohon perlu mengisi Borang Rayuan Penyemakan Semula Keputusan (MUET/PS1)
  • Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

Semoga berjaya dengan cemerlang kepada semua calon peperiksaan MUET sesi seterusnya.

Mahu dapatkan panduan dan rujukan untuk persediaan peperiksaan MUET? Boleh dapatkan menerusi pautan di bawah ini.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter