Di sini kami akan kongsikan cara untuk menyemak Keputusan Matrikulasi Sesi 2019 / 2020 secara Online dan SMS. Panduan ini khas untuk pelajar SPM 2018 yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) sesi kemasukan 2019.
Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, semakan keputusan Matrikulasi 2019 akan diumumkan pada 17 Jun 2019.
Semakan Keputusan Matrikulasi Online
Untuk makluman, semakan tawaran keputusan Matrikulasi KPM mereka yang berjaya akan dikeluarkan dalam tempoh masa 30 hari bekerja selepas keputusan SPM 2019 diumumkan secara rasmi.
Tarikh Semakan : 17 Jun 2019
*Selepas jam 12 tengah hari
Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.
Nota : Kami akan kongsikan tarikh rasmi selepas diumumkan oleh pihak KPM.
Cara Semak Keputusan Tawaran Matrikulasi
Berikut dikongsikan maklumat Semakan Keputusan Matrikulasi meliputi tarikh penting, cara semakan, link applikasi semakan dan maklumat kemaskini Matrikulasi.
A. Kemaskini Permohonan Matrikulasi
Pelajar SPM tahun 2018 yang telah membuat permohonan kemasukan perlu mengemaskini borang permohonan secara online. Pelajar atau pemohon yang terlibat tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM ke Bahagian Matrikulasi KPM kerana keputusan SPM pelajar akan diambil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia sejurus selepas keputusan SPM diumumkan.
B. Semakan Keputusan Matrikulasi
Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan Matrikulasi secara online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat permohonan rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran.
i) Applikasi Semakan Online
Pemohon perlu melayari laman sesawang semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di Kolej Matrikulasi.
LAMAN SEMAKAN : https://matrikulasi.moe.gov.my/
Tarikh pendaftaran tertera dengan jelas pada surat tawaran.
ii) Semakan Melalui SMS
Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :
MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh rujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter