Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6 2017-2018

18152
views

Bilakah tarikh semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan 6 (Form 6) tahun 2016? Pasti rasmi pelajar lepasan SPM yang menanti dengan penuh debar samada mereka layak atau tidak.

Untuk makluman, keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan boleh di semak menerusi sistem aplikasi semakan Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

Ambilan Pertama : 16 April 2017

 Ambilan Kedua (Rayuan) : Tentatif (jangkaan) minggu pertama Jun

Pelajar dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi daripada KPM mengenai tarikh semakan tawaran tingkatan 6 sesi 2017-2018 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Cara Membuat Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

1) Sistem Aplikasi Semakan Online

Sila Klik pada pautan yang disediakan dibawah

  • Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6 Sesi 2017

* Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan bermula tarikh rasmi keputusan diumumkan

2) Semakan Melalui SMS

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut :

  • Taip MOE <jarak> T6 <jarak> No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
  • Taip MOE <jarak> T6 <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Makluman Untuk Pelajar

Sebagai makluman kepada pelajar, kemasukan tingkatan 6 tidak perlu mengemukakan permohonan kerana pelajar yang layak menepati syarat kemasukan akan dipilih secara automatik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Manakalah pelajar yang tidak mendapat tawaran kemasukan tingkatan 6, boleh mengemukakan rayuan ke Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Anda boleh memuat turun dokumen berikut sebagai panduan

* Segala informasi adalah tertakluk kepada perubahan

Bagi mereka yang gagal, anda boleh merayu di link applikasi semakan yang sama.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter