Semakan Keputusan Kemasukan MRSM 2017 Tingkatan 1 dan 4

5502
views
Iklan Infopelajar2u

Calon (pemohon) yang ada membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pengambilan tahun 2017, berikut adalah maklumat berkaitan semakan status keputusan permohonan dan tawaran

Dalam proses pengambilan dan kemasukan pelajar, calon akan melalui sesi kelayakan sebelum boleh membuat semakan tawaran dan keputusan secara atas talian (online) dan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui sama ada berjaya atau tidak permohonan tersebut dan ditawarkan ke MRSM MARA

SEMAKAN KEPUTUSAN DAN TAWARAN MRSM TINGKATAN 1 DAN 4 TAHUN 2017 SECARA ONLINE DAN SMS

Sila ikuti maklumat berikut bagi mengetahui tarikh keputusan dan tawaran MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2017 bila akan diumumkan serta pautan sistem aplikasi semakan

Info Semakan Keputusan Dan Tawaran Tingkatan 1 MRSM 2017

Ruangan berikut memaparkan info berkaitan dengan status keputusan permohonan dan tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan satu Maktab Rendah Sains MARA bagi pengambilan tahun 2017

PerkaraButiran
Tarikh Rasmi Keputusan Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 1 Diumumkan (Sistem Aplikasi Semakan Dibuka)Tentatif (jangkaan / boleh berubah) minggu pertama bulan Februari 2017

Tarikh sebenar (rasmi) akan dimaklumkan kemudian

Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan Permohonan Dan Tawaran MRSM MARA 2017 Tingkatan 1Sila Klik Sistem Aplikasi Semakan Online Keputusan Tawaran MRSM 2017 Tingkatan 1

Sistem semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

Portal Rasmi MARA
  • http://www.mara.gov.my/

Semakan Secara Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN seterusnya hantar ke 15888

Ruangan Kemaskini Maklumat Semasa

Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah melonggarkan syarat kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains (MRSM) bagi tahun 2017 – (Syarat Minimum)

Baca di sini : Syarat Minimum Kemasukan Pendidikan Menengah Mara

Info Semakan Keputusan Dan Tawaran Tingkatan 4 MRSM 2017

Ruangan berikut memaparkan info berkaitan dengan status keputusan permohonan dan tawaran kemasukan pelajar ke tingkatan empat Maktab Rendah Sains MARA bagi pengambilan tahun 2016

PerkaraButiran
Tarikh Rasmi Keputusan Permohonan MRSM 2017 Tingkatan 4 Diumumkan (Sistem Aplikasi Semakan Dibuka)Tentatif (jangkaan / boleh berubah) minggu pertama bulan Februari 2017

Tarikh sebenar (rasmi) akan dimaklumkan kemudian

Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan Permohonan Dan Tawaran MRSM MARA 2017 Tingkatan 14Sila Klik Sistem Aplikasi Semakan Online Keputusan Tawaran MRSM 2017 Tingkatan 4

Sistem semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

Portal Rasmi MARA
  • http://www.mara.gov.my/

Semakan Secara Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)

Adalah dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut MARA (jarak) MRSM (jarak) ANGKA GILIRAN seterusnya hantar ke 15888

Tarikh Pendaftaran

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

Permohonan Rayuan MRSM MARA 2017 Tingkatan 1 Dan 4

Calon yang gagal dalam permohonan boleh mengemukakan rayuan dan sekiranya tiada ‘butang’ pautan rayuan online selepas membuat semakan keputusan, pemohon boleh menulis surat rasmi kepada pihak Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Sebagai makluman, keputusan rayuan masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon dan kekosongan tempat yang ada selepas proses pendaftaran pelajar baharu nanti

Untuk maklumat lanjut adalah sewajarnya dengan menghubungi pihak MARA melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766

Sila rujuk : Soalan Lazim Dan Jawapan Berkaitan Rayuan Pengambilan dan Penempatan Pelajar MRSM

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter