Semakan Keputusan IPG 2017 Online

33511
views

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah mengemukakan Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan tahun 2017 di Institut Pendidikan Guru (IPG), anda boleh membuat semakan panggilan temuduga selepas tamatnya Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG diadakan.

Sebelum mendapat tawaran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG), calon perlu melalui beberapa tapisan peringkat pemilihan di antaranya seperti Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan Temu Duga.

Semakan Keputusan UKCG IPG 2017 Online

Nama calon yang berjaya untuk menduduki UKCG boleh disemak mengikut ketetapan berikut :

Tarikh Semakan UKCG : 4 April 2017 sehingga 21 April 2017
Tarikh UKCG dijalankan : dari 9 hingga 21 April 2017

Calon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pengumuman rasmi dari KPM di Aplikasi Berkala/ Pemberitahuan Portal KPM.

Cara Membuat Semakan UKCG

  1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Aplikasi Permohonan PISMP (Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan bermula tarikh semakan yang dinyatakan)
  2. Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Calon yang terpilih mesti menduduki dan lulus Ujian Kelayakan Guru (UKCG) sebelum layak untuk ke peringkat tapisan seterusnya iaitu Temuduga.

Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Yang Perlu Dilalui

Sesi Ujian Bertulis.

  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

Sesi Ujian Kecergasan Fizikal

  • Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan.

Sesi Ujian Amali. (Dilaksanakan Semasa Temu duga)

  • Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Semakan Nama Calon Panggilan Temuduga PISMP 2017 Online

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, calon boleh membuat semakan mulai 15 Mei 2017 sehingga 22 Mei 2017 jam 11.59 PM

Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Portal Rasmi KPM di ruangan pemberitahuan untuk maklumat terkini permohonan.

Cara Membuat Semakan Panggilan Temuduga PISMP

  1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Aplikasi Permohonan PISMP. (Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan bermula tarikh semakan yang dinyatakan)
  2. Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan nama calon berjaya untuk temuduga.

Pemohon yang berjaya dikehendaki mencetak surat panggilan temu duga, borang butiran diri.

Semasa menghadiri temuduga pada tarikh ditetapkan sila bawa bersama surat panggilan temu duga, borang butiran diri yang telah dilengkapkan dan sijil akademik / kokurikulum.

Sesi Temuduga

  • Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
  • Sesi Ujian Amali.
    – Calon yang memohon Bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani Ujian Amali semasa Temu duga.

Semakan Keputusan Permohonan PISMP Dan Tawaran Calon Berjaya

Tarikh semakan Keputusan Permohonan PISMP dijangka boleh di semak secara online pada 23 Jun 2017 sehingga 10 Julai 2017.

Cara Membuat Semakan Tawaran Calon Berjaya

  1. Sila masukkan No Kad Pengenalan pemohon dan kata laluan di ruangan Log Masuk Sistem yang terdapat di laman Aplikasi Permohonan PISMP. (Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan bermula tarikh semakan yang dinyatakan)
  2. Kemudian klik pada butang Log Masuk bagi mengakses sistem semakan tawaran calon berjaya.

Calon yang berjaya dikehendaki mencetak surat tawaran sementara manakala surat tawaran rasmi boleh didapati selepas melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah ditetapkan.

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Yang Berjaya

Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti program akan mendaftar di institusi yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tarikh seperti berikut (tarikh tertakluk kepada pindaan):

BIL
PROGRAM
TARIKH PENDAFTARAN
1
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
10 Julai 2017

Kepada calon yang telah menduduki UKCG/temu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPG KPM tidak akan mengeluarkan maklumat secara bertulis kepada calon.

Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan UKCG, temu duga dan juga tawaran mengikuti pengajian di institusi yang ditetapkan.

Anda juga perlu mencetak surat panggilan UKCG, temu duga dan tawaran (sementara) dalam permohonan online. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri UKCG dan temu duga adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.

Nota :

  1. Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter