Semakan Kemasukan PLKN 2017 Online dan SMS

9792
views
Iklan Infopelajar2u

Semakan PLKN 2017 Online Dan SMS Serta Senarai Penempatan Pelatih. Bagaimana hendak membuat semakan penempatan pelatih PLKN 2017?

Sebelum itu, untuk makluman Latihan PLKN 2017 atau PLKN 2.0 untuk remaja yang dilahirkan pada tahun 1997, 1998 dan 1999 telah pun berwajah baru. Kerajaan telah memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul baru latihan PLKN boleh dirujuk di Modul PLKN 2.0

Pemilihan Pelatih PLKN 2017 (2.0)

Dasar pemilihan baru pelatih adalah secara sukarela bagi murid tingkatan 5 yang berminat melanjutkan latihan kemahiran teknikal. Disamping itu, pencalonan murid juga boleh dicalonkan oleh guru-guru dan perlu mendapat persetujuan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Kriteria Pemilihan

  • Pencalonan terbahagi kepada 2 jenis iaitu permohonan sukarela melalui sekolah dan pencalonan guru-guru.
  • Pencalonan adalah daripada murid Tingkatan 5 yang berminat untuk ke fasa 2 iaitu menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran
  • Calon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pencalonan mengikut pecahan kaum dan jantina yang bersesuaian bilangan sekolah di setiap negeri dan komposisi kaum di sekolah-sekolah
  • Pencalonan adalah bagi tahun 1999 dan permohonan sukarela terbuka bagi tahun kelahiran 1997 dan 1998

Proses pemilihan akan memberikan keutamaan kepada calon sukarela dan berminat ke Fasa 2. Walau bagaimanapun proses penempatan adalah tertakluk kepada keputusan JLKN bergantung kepada jumlah pemilihan bagi tahun tersebut.

Semakan PLKN 2017 Secara ONLINE

Anda hanya perlu melayari laman yang diberikan di bawah ini untuk menyemak sama ada anda terpilih atau tidak melalui portal rasmi mereka; http://www.khidmatnegara.gov.my

Kemudian anda perlu memasukkan nombor kad pengenalan anda. Anda sudah boleh terus menyemak sama ada anda terpilih atau tidak.

Untuk pengetahuan anda semua; tempoh latihan Khidmat Negara di kem penempatan yang telah ditetapkan akan bermula 18 Mac 2017 hingga 16 Mei 2017 selama tempoh 2 bulan melibatkan pelatih kumpulan 1 siri 14 tahun 2017

Manakala 15 Julai 2017 hingga 13 September 2017 adalah untuk panggilan kumpulan 2
Kumpulan terakhir iaitu kumpulan 3 pula akan bermula 30 September 2017 hingga 28 November 2017

Semakan PLKN 2017 Melalui SMS

  • Semak Calon : Taip PLKN SEMAK [No KP anda] dan hantarkan ke 15888
  • Semak Kem : Taip PLKN KEM [No KP anda] dan hantarkan ke 15888

Untuk maklumat anda semua, bagi servis perkidmatan SMS ini, setiap sms yang berjaya dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 manakala setiap sms yang diterima dikenakan RM0.20 ia adalah tertakluk kepada caj telco.

UPDATE : Dimaklumkan terdapat PERTUKARAN PENEMPATAN PELATIH dan PERUBAHAN TARIKH PERGERAKAN MASUK Pelatih bagi beberapa tempat berkumpul di Negeri PERLIS, PERAK, NEGERI SEMBILAN, TERENGGANU dan SARAWAK seperti di Jadual berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui perkembangan semasa berkaitan PLKN 2017, anda dinasihatkan melayari Laman Web Rasmi Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di http://www.khidmatnegara.gov.my/ atau No. Tel. Call Centre 03-4027 4747 atau 03-4027 4227 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here