Semakan Kemasukan Matrikulasi KPM Sesi 2017/2018

23251
views

Perhatian kepada calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2017/ 2018, keputusan dijangka akan diumumkan pada 27 April 2017, jam 12.00 tengahari.

Pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 yang telah mengemukakan permohonan boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke kolej matrikulasi secara online dan SMS.

Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi Sesi 2017/ 2018

Maklumat lanjut dan juga kemaskini info-info yang berkenaan, sila rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut.

Keputusan Kemasukan Ke Program Matrikulasi 2017

Tarikh Semakan : 27 April 2017, jam 12.00 tengahari.

*Tarikh diatas adalah yang rasmi 

Cara Membuat Semakan Keputusan

1. Semakan Online

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan / Tawaran Matrikulasi 2017.

  • Sistem Aplikasi Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2017

*Sistem aplikasi semakan tawaran hanya dibuka bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan.

2. Semakan Melalui SMS

Semakan SMS pula boleh di buat dengan menaip

MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

*Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Pengesahan Penerimaan Tawaran Dan Penempatan Kolej Matrikulasi

Semua pemohon yang berjaya mendapat tawaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2017 /2018 perlu menerima atau menolak tawaran dengan cara menekan butang TERIMA TAWARAN atau TOLAK TAWARAN pada pautan Pengesahan Terima Tawaran mengikut tarikh yang ditetapkan.

Pemohon yang berjaya tetapi tidak membuat pengesahan penerimaan atau penolakan tawaran tersebut selepas tarikh yang dinyatakan, dianggap telah menolak tawaran.

Rayuan Program Matrikulasi

Bagi calon yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh terus dikemukakan secara online melalui laman web http://www.moe.gov.my bermula pada hari yang sama keputusan permohonan matrikulasi diumumkan.

Jika masih tidak faham, anda oleh baca artikel yang telah kami sediakan. Sila klik pautan dibawah.

Maklumat Lanjut

Sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM di talian 03-88844036 / 4040 / 4083 pada hari bekerja dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang untuk sebarang pertanyaan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter