Semakan Bayaran Geran Khas Prihatin (GKP)

259
views
Iklan Infopelajar2u

Semakan Geran Khas Prihatin (GKP). GKP ini adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Berikut kami kongsikan cara semakan kelulusan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP), tarikh dan cara pembayaran GKP dan permohonan rayuan GKP secara online.

Permohonan Geran Khas Prihatin

Pemohon boleh menyemak status keputusan permohonan Geran Khas Prihatin mulai 3 Jun 2020 melalui portal rasmi GKP Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), di pautan berikut:

Tarikh Dan Cara Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP)

Jumlah pembayaran sebanyak RM1.47 bilion akan dibuat mulai 15 Jun 2020. Pemohon GKP yang diluluskan dijangka menerima bayaran secara pengkreditan terus ke akaun bank masing-masing.

Bagi permohonan yang masih dalam semakan pula, LHDN berkata keputusan permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 15 Jun 2020.

  1. Layari laman web rasmi GKP. Laman web rasmi dengan klik https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login.aspx
  2. Masukkan No kad pengenalan.Masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang cari.
  3. Login atau permohonan baru.Jika maklumat anda telah ada dalam data, anda boleh terus login. Manakala, jika maklumat tidak ada, maka buat permohonan baharu.
  4. Isi borang permohonan baru.Pada bahagian permohonan baru, isikan borang dengan melengkapkan kesemua ruangan yang diperlukan.
    Selesai permohonan.Anda boleh membuat kemaskini.

Permohonan Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP)

Kerajaan bersetuju untuk memberikan peluang kepada pemohon yang gagal dalam permohonan GKP untuk mengemukakan permohonan rayuan mulai 3 Jun hingga 15 Jun secara online melalui portal rasmi GKP.

Setiap permohonan rayuan akan diproses dengan teliti dan keputusan rayuan akan dimaklumkan mulai 22 Jun manakala pembayaran pula dijangka dibuat mulai 29 Jun 2020.

Semoga maklumat semakan, pembayaran serta rayuan permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) ini memberi manfaat kepada pemilik PKS mikro.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here