Cara Melakukan Semakan Bantuan Kewangan Asasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Tahun 2018.
Tahniah kepada anda yang berjaya mendapat tawaran bagi pengajian asasi di IPTA terpilih Malaysia. Buat pengetahuan bagi yang berjaya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada menyediakan tajaan menerusi program bantuan kewangan kepada pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam.
Semakan Bantuan Kewangan Asasi
Semakan sama ada anda layak menerima bantuan kewangan asasi atau sebaliknya boleh dibuat melalui pautan laman rasmi KPM di bawah.
Pautan : https://online.moe.gov.my/scholar/bantuanasasi
Tarikh Buka : 27 Ogos 2018
Tarikh Tutup : 31 Disember 2018
Nota : Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Universiti Awam masing-masing pada setiap semester.
Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
- Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.
Tempat Pengajian
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Unit SLAB/SLAI
Bahagian BiasiswaKementerian Pendidikan Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6,
Presint 562200 PUTRAJAYA
Talian Hotline : 03 – 8888 1616
Faks : 03 – 8870 6839