Tarikh Dan Cara Semak Keputusan Keseluruhan STPM 2019

6161
views
Iklan Infopelajar2u

Keputusan Keseluruhan STPM. Disini kami kongsikan maklumat penting berkaitan semakan keputusan kesuluruhan STPM 2019 merangkumi tarikh keputusan dan cara membuat semakan.

Menurut Laman Web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), semakan keputusan STPM keseluruhan boleh disemak pada mulai 25 Februari 2020.

Semakan Keputusan Keseluruhan STPM

Terdapat beberapa kaedah unutk melakukan semakan keputusan STPM iaitu melalui kaedah online dan semakan melalui SMS.

1. Secara Online

Anda boleh klik pada pautan dibawah untuk membuat semakan keputusan keseluruhan STPM

* Semakan bermula dari jam 12.00 tengah hari, 25 Februari 2020

2. Semakan keputusan melalui SMS

Kepada yang sudah tak sabar menunggu keputusan atau ibu bapa yang ingin mengetahui keputusan anak masing-masing boleh buat semakan keputusan STPM melalui SMS :

STPM RESULT dan hantar ke 15888

3. Dapatkan Keputusan di Sekolah

Anda boleh menyemak dan mendapatkan slip keputusan masing-masing dengan hadir ke sekolah masing-masing pada tarikh berkenaan mulai jam 12.00 tengah hari, manakala bagi calon persendirian pula, slip peperiksaan akan dihantar oleh MPM melalui pos ke alamat masing-masing.

Mencetak Slip Keputusan STPM

Calon boleh mencetak slip keputusan dengan melayari Laman MPM atau terus ke pautan yang disediakan dibawah.

Nota : Sistem aplikasi semakan bagi keputusan keseluruhan STPM hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan.

Selain itu, suka juga kami hendak kongsikan info penting yang berkaitan melalui artikel-artikel dibawah :

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter