Selangor Tawar Pendidikan Percuma Seluruh Malaysia

146
views

Kerajaan Negeri menawarkan pengajian pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa Universiti Selangor (Unisel) tidak terhad kepada masyarakat Selangor sahaja.

Sebaliknya, Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, tawaran pengajian sama turut dibuka kepada masyarakat seluruh Malaysia.

“Pengajian di bawah Skim Dermasiswa adalah percuma 100 peratus dan sememangnya tawaran ini bukan janji palsu.

“Malah turut ditawarkan kepada pelajar dari luar Selangor di seluruh Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Skim Dermasiswa diperkenalkan sebagai program perintis pendidikan percuma di bawah bidang kritikal dan strategik.

unisel_viewIa merangkumi peringkat pengajian Sains dan Teknologi Maklumat peringkat asasi bagi lanjutan pengajian ke peringkat Sarajan Muda di Unisel.

Tawaran terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.

Orang awam boleh melunsuri laman sesawang www.unisel.edu.my atau menghubungi talian 03-55223400 untuk sebarang pertanyaan.

UNISEL sebelum ini membelanjakan lebih daripada RM912,000.00 bagi kemasukan pengajian pendidikan percuma bagi sesi Mei 2016 lalu.

Sumber : Selangorkini.my