Home Info SAPS Semakan Keputusan Peperiksaan 2021

SAPS Semakan Keputusan Peperiksaan 2021

386213

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS Ibu Bapa adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa dalam memantau dan membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar secara online.

Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan terkini, semakan hendaklah dibuat oleh ibu bapa selepas kemasukan markah dibuat seperti tarikh/ jadual yang dikongsikan di bawah ini.

Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online

Berikut merupakan informasi berkaitan Semakan Ibu Bapa yang perlu diketahui oleh para ibu bapa dan penjaga. Ianya termasuklah cara mengakses sistem untuk lihat result anak-anak, langkah-langkah membuat semakan secara atas talian, takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman dan maklumat lain yang berkaitan.

SAPS semakan ibu bapa ini boleh dilakukan melalui secara talian (ONLINE).Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 hingga 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)
  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

Cara Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa

Ibubapa atau penjaga mahupun pelajar sendiri hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan secara online dengan cara berikut :

1. Klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa .

2. Lengkapkan ruangan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Lahir

3. Tandakan pilihan Sekolah sama ada Rendah atau Menengah juga Pilih Tahun peperiksaan yang mahu di semak

4. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang telah tertera

5. Kemudian klik pada butang Semak dan butiran murid / pelajar akan dipaparkan

6. Seterusnya sila buat pilihan Jenis Peperiksaan dan mendapatkan analisis markah melalui butang Papar Slip Keputusan / Papar Markah Peperiksaan

Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR PT3 Dan SPM

Untuk makluman, keputusan peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak dan tidak dipaparkan menerusi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Bagi yang mahu mendapatkan keputusan berkenaan, sila rujuk kepada pihak sekolah masing-masing atau di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Maklumat Lanjut

Jika anda ada masalah mahupun persoalan untuk mengakses SAPS Ibu Bapa, anda bolehlah hubungi talian yang tertera di bawah ini:

TelĀ : 012-6497579

Waktu SAPS
Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg (kecuali pada cuti umum)
Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg (kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

Semoga anda dapat mengakses dan melihat prestasi anak-anak pelajar melalui aplikasi SAPS Ibu Bapa ini.