Resepi : Sushi

5138
views
Iklan Infopelajar2u

 

Set of Japanese sushi background

 

Marcapada kini kita sering dimomokkan dengan keenakan makanan Jepun yang saban kali berlegar-legar di media sosial. Bila ter-tengok orang makan sushi, tiba-tiba teringin? Ala, takda la susah mana nak buat sushi ni. Tak percaya?

BAHAN-BAHAN yang diperlukan :

1) beras sushi

2) seaweed

3) timun jepun(dihiris panjang)

4) jejari ketam(dibelah dua) – Boleh diganti dengan bahan lain

5) lada sulah

6) minyak bijan/kelapa sawit

7) tikar kecil/plastik bersaiz besar (untuk meggulung sushi)

 

2339208b217d4ff0554f6861e3072e00

 

CARA PENYEDIAAN :

1) Masak 2 cawan beras sushi bersama 4 cawan air.
2) Setelah beras masak, gaulkan nasi bersama 2-3 sudu minyak bijan/kelapa sawit hingga sebati.
3) Ambil nasi tadi dan ratakan ke atas seaweed yang telah diletakkan di atas tikar kecil/plastik.
4) Taburkan lada sulah ke atas nasi secukup rasa.
5) Letakkan timun jepun dan jejari ketam secara melintang.
6) Gulung perlahan-lahan dan pastikan gulungan itu kemas.
7) Potong sushi tadi dari bahagian tengah ke tepi mengikut ketebalan yang sesuai/mengikut citarasa masing-masing.
8) Siap untuk dihidang
1907cd751a7c2fc03d6aae1e753f6e44
Haaa, amacam? Mudah kan. Buat anda yang gerun dan takut nak makan sushi tu, jangan risau. Kalau cuba resepi ni mesti jatuh cinta punya. Selamat mencuba!
Kongsikan hasil sushi anda bersama kami di @uitm_si