Resepi : Spaghetti Aglio Olio

1988
views
Iklan Infopelajar2u

949cc74a7037d8f771d97aa5a58528cc

 

Tekak tiba-tiba mengidam nak makan ‘itallian food’? Terfikir-fikir mana nak cari makanan yang sedap dan menjimatkan? Usah gusar! Kami akan share kan resepi Spaghetti Aglio Olio yang super simple dan sedap untuk korang semua. Sesuai sangat untuk korang yang sukakan menu yang agak light macam ni. Ayuh teruskan pembacaan bersama kami.

 

 

Untuk resipi ini, korang perlukan:

1 sudu kecil garam
Satu paket spaghetti
3 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak zaitun (extra-virgin)
Serbuk cili merah
2 sudu kecil daun pasli (dicincang halus)
1/2 zest lemon
Sedikit keju Parmigiano yang diparut halus

Cara-cara memasak:

Didihkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam. Masukkan spaghetti dan kacau perlahan-lahan. Masak selama lebih kurang 8 minit sehingga spaghetti menjadi lembut. (Periksa tahap kelembutan spaghetti dengan jari. Sekiranya masih ada rasa keras, teruskan masak sehingga lembut.)

Tapis spaghetti yang telah dimasak di dalam sinki. Tinggalkan 1/4 cawan air daripada rebusan spaghetti.

Masukkan spaghetti kedalam kuali dan air yang telah diasingkan. Campukan bawang putih dan gaul rata. Taburkan daun pasli, serbuk cili dan tambah zest lemon.

Letakkan sedikit spaghetti ke dalam pinggan untuk dihidangkan. Taburkan sedikit keju Parmigiano.

 

942bcbbd6d4761df989ee720823163de

 

So amacam? Mudah kan. Menu ini pun sesuai untuk student, boleh masak makanan sendiri dan menjimatkan. Bersesuaian dengan saranan menteri kita yang menyarankan agar pelajar masak sendiri untuk mengelakkan beban GST. Alang-alang boleh juga pikat hati bakal mertua AWAK. Tak gitu? (Gurau je.)

Share dan tag kami di twitter @uitm_si jika korang sudah mencuba resepi ini!

 

Spaghetti Aglio Olio mudah, senang, ringkas, sedap.