Resepi Kek Pisang Dan Cara Membuatnya

632
views

Bagaimana Cara Membuat Dan Resepi Kek Pisang serta Bahan­-Bahan yang diperlukan? Entri ini ialah mengenai Cara Penyediaan hidangan Resepi Kek  Pisang dan bahan-­bahan yang diperlukan untuk  membuat kek pisang. Anda mesti pernah makan kek pisang ini bukan?

Kek Pisang ini memang sangat popular dan sering dijual di pasar atau market disebabkan permintaan yang tinggi dan juga rasanya yang sangat sedap dan menyelerakan. Masa yang diperlukan untuk menyediakan hidangan kek pisang ini tidaklah lama cuma perlukan masa lebih kurang 1 jam sahaja.

Resepi kek Pisang

Tetapi sebelum itu, kita hendaklah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dahulu seperti dibawah:

Penyediaan Bahan-Bahan Resepi Kek Pisang:

  • 4,5 pisang atau secawan
  • Pisang yang telah dihancurkan atau dilecekkan
  • 4 biji telur Gred A atau B
  • Secawan gula Pasir 2
  • Cawan Tepung Gandum Baking Powder
  • Soda Bicabonate
  • Esen Vanilla

Cara-Cara membuat Resepi Kek Pisang:

  1. Lenyekkan pisang dan letakan dalam cawan jika belum.
  2. Campurkan tepung, baking powder dan soda, kemudian ayak.
  3. Pukul telur dengan gula dan campurkan dengan adunan pisang tadi dan kacau sehingga rata dan sebati. 4. Ambil sedikit minyak dan masukan ke adunan tadi. 5. Masukan sekali esen Vanilla.
  4. Masukan tepung (yang telah diayak) sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati dan rata.
  5. Panaskan adunan pada suhu lebih kurang 170 -180 degree selama lebih kurang 45 minit hingga 60 minit sehingga masak.
  6. Jika anda ingin menambah lagi bahan seperti Chip, atau Cream Cheese, anda boleh menambahnya selepas kek tadi telah masak dan sejuk.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter