Rayuan Meneruskan Pengajian Dan Peperiksaan Khas UiTM

2408
views

Seperti yang pelajar-pelajar UiTM sedia maklum, keputusan peperiksaan telah diumumkan pada 17 Februari 2017. Kepada pelajar-pelajar yang gagal, pihak UiTM menyediakan rayuan meneruskan pengajian di mana mereka diberi peluang untuk meluluskan diri dalam satu peperiksaan khas.

Rayuan Meneruskan Pengajian Dan Peperiksaan Khas UiTM : Pelajar Group B (Ijazah, Master, dan PHD)

Jadi bagi pelajar yang ingin memohon rayuan meneruskan pengajian (RMP) atau memohon bagi peperiksaan khas boleh membuat permohonan secara online pada student portal.

Tarikh-tarikh Penting

Berikut disertakan jadual akademik untuk makluman dan rujukan:

  • Permohonan semak semula exam : 17 Februari – 03 Mac 2017
  • Permohonan RMP : 03 Mac 2017
  • Penjanaan bil RMP (bulk) : 22 Februari 2017 (Bil dijana bagi semua pelajar yang diberi status D3-D7)
  • Keputusan RMP web : 15 Mac 2017
  • Pendaftaran kursus supp paper : 17-20 Februari 2017
  • Penjanaan bil Supp Paper (bulk) : 22 Februari 2017
  • Exam Supp paper : 27 Februari – 1 Mac 2017
  • Result Supp paper : 23 Mac 2017

Bil RMP dan supp paper telah dijana pada 22 Februari 2017. Pelajar boleh menyemak bil berkenaan pada portal bil pelajar.

Bagi pelajar yang ingin membuat semakan semula peperiksaan, sila emelkan kepada pihak Pengurusan Kewangan Pelajar UiTM, [email protected] nombor pelajar dan nyatakan bilangan subjek yang ingin disemak semula.

Kadar yang ditetap untuk setiap subjek yang dimohon: RM 50.00.

Cara Membuat Rayuan

Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) boleh dibuat secara “on-line” di http://istudent.uitm.edu.my/

Student Portal Frontpage > Academics > Appeals for Extension of Study > Online Appeal Application Form

Syarat-syarat Rayuan

Syarat menurut Peraturan Akademik UiTM ( Pindaan 2015) Para 2.27.2 dan 3.3.8 :

  1. Rayuan dibenarkan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian
  2. Pelajar yang gagal dan diberhentikan D1 dan D2 tidak layak membuat rayuan
  3. Bagi kategori gagal dan diberhentikan D3, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90.
  4. Bagi kategori gagal dan diberhentikan D4, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 2.00.
  5. Bagi kategori gagal dan diberhentikan D5, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90.
  6. Bagi kategori gagal dan diberhentikan D6, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.94.
  7. Bagi kategori gagal dan diberhentikan D7, HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90.
  8. Bagi pelajar yang diberikan status Gugur Taraf (GT), HPNG hendaklah sekurang-kurangnya 1.90.
  9. Rayuan hanya boleh dibuat oleh pelajar yang gagal dan diberhentikan dalam peperiksaan yang baru satu (1) semester berlalu atau diberikan status Gugur Taraf (GT) pada satu (1) semester yang lalu.

Pelajar yang diluluskan Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) akan diberi status X1 bagi status D3-D7 atau T1 bagi status GT. Pelajar D3-D7 yang berjaya dalam Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP) akan menyambung pengajian dalam mod Sepenuh Masa Berlanjut (SML) di mana mereka dikenakan yuran pengajian dengan kadar pengajian separuh masa (PLK) dengan tempoh pengajian separuh masa.

Keputusan rayuan akan diumumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh tutup rayuan. Keputusan yang diumumkan adalah disahkan oleh Senat dan muktamad.

Maklumat Lajut

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

  1. Bahagian Akademik Fakulti/UiTM Cawangan masing-masing, atau
  2. Institut Pendidikan NEO (iNED) bagi pelajar-pelajar e-PJJ/PLK.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter