Rakyat Malaysia Tersenarai Dalam Pekerja Paling Tidak Bahagia Di Asia!

202
views
Iklan Infopelajar2u

Ternyata duit bukanlah segala-galanya. Tawaran gaji yang tinggi belum pasti menjamin kebahagian pekerja. Sebab itulah selain dari menawarkan gaji yang tinggi, banyak majikan yang turut menawarkan pelbagai kelebihan lain kepada pekerjanya.

Sudah pastinya demi kepentinggan perusahaan itu sendiri. Berada di dalam kelompok negara Asia, negara Asia yang manakah mempunyai pekerja yang paling bahagia?

Berdasarkan kaji selidik yang telah dibuat oleh JobStreet, nampaknya pekerja dari Malaysia dan Singapura lah yang paling tidak bahagia di Asia. Kajian ini dilakukan meliputi 7 negara Asia dengan penerimaan respon seramai 67,000 orang.

Singapura berada di tangga yang pertama dengan jumlah point 5.09 diikuti Malaysia dengan kutipan mata sebanyak 5.22. Ini menjadikan Malaysia menduduki tangga ke 2 dalam carta pekerja paling tidak bahagia di Asia.

Filipina menduduki tempat yang baik sekaligus merupakan negara Asia yang mencatatkan rekod pekerja paling bahagia di Asia. Di bawah ini senarai kedudukan hasil dari kaji selidik yang telah dilakukan.

1. Filipina: 6,25
2. Indonesia: 6,16
3. Thailand: 5,74
4. Hong Kong: 5,56
5. Vietnam: 5,48
6. Malaysia: 5,22
7. Singapura: 5,09

1Faktor utama pekerja tidak bahagia terhadap kerja di Malaysia, Singapura dan Vietnam:

  • Kepimpinan yang teruk
  • Reputasi sesebuah syarikat
  • Latihan yang tidak profesional
  • Kurang selesa di tempat kerja
  • Hubungan di antara rakan sekerja.

Sementara negara jiran,Singapura memegang rekod mempunyai ramai pekerja yang tidak bahagia, Jobstreet juga turut mendedahkan kemungkinan keputusan ini akan lebih menurun untuk masa enam bulan akan datang.

Berdasarkan keputusan dari survey tersebut menunjukkan portal pekerjaan juga menggalakkan majikan untuk menangani faktor yang menyebabkan pekerja tidak bahagia di pejabat.

Tepuk dada tanya selera, adakah anda ketika ini sudah cukup bahagia dengan pekerjaan anda sekarang? Hanya anda yang tahu jawapannya.

Duit tidak mampu membeli kebahagian, setuju?