Slot Program TV Pendidikan mulai 6 April di TV Okey RTM

98
views
Iklan Infopelajar2u

Program TV Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah bekerjasama untuk memperkenalkan slot Program TV Pendidikan. Ini adalah satu usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang pada ketika ini dilaksanakan oleh KPM secara web streaming.

Slot Program TV Pendidikan ini merupakan usaha untuk membolehkan murid mendapat akses kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian, terutamanya semasa lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Program TV Pendidikan di RTM

Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey, iaitu salah satu daripada saluran RTM. Sebagai permulaan, ianya akan disiarkan selama dua (2) jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Waktu siaran adalah pada pukul 9:00 hingga 10:00 pagi dan pukul 1:00 hingga 2:00 petang. Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV. Selain daripada itu, siaran ini juga boleh ditonton menerusi saluran 146 di ASTRO dan ASTRO NJOI. Bagi murid yang mempunyai capaian internet, siaran ini boleh ditonton melalui laman sesawang www.myklik.rtm.gov.my secara web streaming.

Jadual Rancangan Pendidikan

Berikut adalah jadual rancangan, anda boleh mendapatkan jadual terkini melalui pautan di bawah : 

Link : Susunan Rancangan TV Pendidikan Di TV OKEY RTM

Semoga perkongsian info ini bermanfaat kepada anda. Sila share info ini kepada rakan-rakan yang lain.

Sumber Lain

Disertakan juga sumber lain yang mungkin berguna untuk anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here