Program Selangkah Ke Menara Gading Yayasan Pendidikan Malaysia

1399
views

Yayasan Pendidikan Malaysia merupakan entiti khas yang ditubuhkan pada 18 Jun 2013 dibawah bahagian hal ehwal undang-undang Jabatan Perdana Menteri dibawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258).

Penubuhan Yayasan Pendidikan Malaysia memfokuskan kepada 2 objektif iaitu sebagai pemudahcara kepada pelajar sederhana/miskin ke institusi pendidikan tinggi (IPT) terpilih dan memberi bantuan awalan kepada pelajar dari kalangan keluarga sederhana/miskin dalam kumpulan B40.

Program Selangkah Ke Menara Gading

Program Selangkah ke Menara Gading merupakan usahasama dengan IPTS seluruh Malaysia. Ia memberi peluang kepada pelajar kategori gagal atau lulus untuk ke peringkat lebih tinggi. Bantuan awalan kemasukan akan diberikan kepada pelajar yang memohon YPM.

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan :

  • Penerima BRIM/Pendapatan RM4000 Kebawah Diberi Keutamaan.
  • Pendapatan Isi Rumah RM5000 Keatas Akan Dipertimbangkan.
  • Lulus PT3, SPM Minimum 3 Kredit & Diploma/Stpm Minimum 2.0 CGPA
  • Tanggungan Anak Yang Ramai
  • Tidak Mendapat Sebarang Tawaran Ke IPT

*Tertakluk Kepada Terma & Syarat

Kursus Yang Ditawarkan :

  • Perubatan / Sains
  • Perniagaan
  • Kejururawatan
  • Kejuruteraan
  • Kulinari
  • Maritim
  • IT
  • Perhotelan
  • Pendidikan
  • Senibina
  • Pengajian Islam
  • Komunikasi
  • Perniagaan
  • Videografik
  • Rekabentuk
  • Perakaunan

Bantuan Yang Diperolehi :

  • Yurang Pendaftaran Dikecualikan / Dikurangkan
  • Elaun Bulanan (Minimum 4 bulan)
  • Penginapan /Pengangkutan Disediakan
  • Kelas Bahasa Inggeris Percuma

*Tertakluk Kepada Terma & Syarat

Cara Membuat Permohonan

Anda perlu membuat pendaftaran secara online di laman rasmi pihak Yayasan Pendidikan Malaysia melalui pautan yang disediakan dibawah :

Daftar di sini : https://www.ypm.edu.my/live/daftar/

Permohonan bagi program ini adalah dibuka sepanjang tahun.

Nota : Sebelum membuat permohonan, anda dinasihatkan supaya merujuk dahulu syarat-syarat kelayakan terlebih dahulu.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi Tel : 03-8893 1116 / 03-8328 0328 atau melaluit email [email protected]

YAYASAN PENDIDIKAN MALAYSIA
No.36A, Jalan Diplomatik 3/1,
Presint 15, 62050 Putrajaya,
Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here