Guru-guru atau individu yang berminat yang mempunyai Ijazah Sarjanamuda dari mana-mana universiti dan dalam apa jua bidang adalah dipelawa untuk memohon Program Ijazah Sarjana Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah yang akan bermula pada Semester 2 Sesi 2017/2018 (Intake Februari 2018).
Intake Februari 2018 merupakan Kumpulan 3 setelah kejayaan pelaksanaan Kumpulan 1 (Intake 2016) dan Kumpulan 2 (Intake 2017).
Sarjana Pendidikan UKM
Program ini bertujuan untuk menawarkan kursus sarjana pendidikan laluan khas kepada para pendidik atau mereka yang berminat dalam dunia pendidikan/latihan melalui pakej khusus. Objektif program adalah seperti berikut:
- Meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi pasca ijazah pertama kepada individu atau para pendidik dan pegawai pendidikan dengan kos yang berpatutan.
- Menawarkan program sarjana pendidikan kepada individu atau para pendidik dan pegawai pendidikan tanpa perlu memohon cuti pengajian.
- Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam bidang pendidikan.
- Meningkatkan kemampuan penyelidikan berasaskan sekolah atau institusi tempat kerja.
Tarikh Permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2017.
Jadual Kuliah
Kuliah akan dijalankan pada waktu cuti sekolah selama 8 kali pertemuan dengan 2 kali pertemuan pada setiap semester mengikut jadual cuti sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi tahun 2018 cuti sekolah adalah seperti berikut (tertakluk kepada Takwim KPM 2018):
SEMESTER 1
Mac 2018 (7 hari kuliah)
Mei/Jun 2018 (8 hari kuliah)
SEMESTER 2
Ogos/September 2018 (6 hari kuliah)
Disember 2018 (12 hari kuliah)
SEMESTER 3
Akan ditentukan apabila takwim persekolahan 2019 keluar
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan ini boleh dikemukakan kepada:
Prof. Madya Datuk Dr. Muhammad Hussin (011-52205099)
Cik Normaulida Bt Anis Candra (018-2196929)
Cik Norfazlaili Bt Padelah Shaimi (014-5074540)
Cik Wan Nuremyra Bt Wan Asnari (017-5174729)
Cik Umihidayah Besar (017-8473315)
Cik Khairun Nabilah Samsudin (019-3971397)
Untuk info lebih lanjut, sila klik disini atau untuk download Borang Permohonan, sila layari: https://koperasisiswazah.wixsite.com/ksbb