Program Peningkatan Kemahiran Siswazah Lepasan Diploma/Ijazah Secara Percuma di PESDC Perak

1814
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan kemasukan ke Program Peningkatan Kemahiran Siswazah Lepasan Diploma atau Ijazah secara PERCUMA di Pusat Pembangunan Usahawan dan Kemahiran Perak kini dibuka.

Kepada yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran selama 6 BULAN secara Percuma, sepenuhnya di bawah tajaan Kerajaan Persekutuan dan sijil diiktiraf oleh SIRIM serta DIJAMIN PENEMPATAN KERJA di mana pihak PESDC akan menempatkan anda di industri selepas tamat latihan bolehlah memohon dengan segera.

Maklumat Program

Program INSEP (Industrial Skills Enhancement Program) dibangunkan untuk belia lepasan Diploma/Ijazah dengan bertujuan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, termasuk menambah baik sistem pendidikan yang komprehensif yang mampu bersaing di arena globalisasi dan memastikan pelatih-pelatih teriari memenuhi kehendak majikan.

Kursus ini akan memfokuskan pelatih ke arah pengkhususan bidang latihan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang lebih tinggi. Pelatih-pelatih yang telah tamat akan ditempatkan di industri yang berkaitan, sejajar dengan keperluan majikan yang memerlukan tenaga manusia yang berpengetahuan dan berketerampilan, supaya membantu majikan beroperasi dengan lebih optimum.

Tarikh Permohonan Ditutup : Tiad

Syarat Kemasukan PESDC

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai DIPLOMA/ IJAZAH yang berkaitan dari IPTA ataupun IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
  • Sihat tubuh badan dan mental.

Cara Membuat Permohonan

Sila layari website berikut untuk download borang permohonan : http://pesdc.edu.my/assets/borang-permohonan-insep—baru.pdf

Kursus Yang Ditawarkan

  1. Tooling Design (Plastic Mould).
  2. Contemporary Broadband Communication Specialist.
  3. Optics and Optoelectronics Technologist In Manufacturing Industry.

Nota : Bagi pelatih luar negeri Perak Asrama dan Pengangkutan akan disediakan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :

PUSAT PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KEMAHIRAN PERAK
PESDC TRAINING COMPLEX
JALAN JOHAN 2/2, KAWASAN PERINDUSTRIAN PENGKALAN 2,
31550 PUSING, PERAK DARUL RIDZUAN

MR NG SOON HUAT/ CIK NURUL
05-3668869 (TEL)
05-3668870 (FAKS)

Selamat membuat Permohonan Kemasukan PESDC dan semoga anda berjaya. Kongsi kan jika maklumat ini berguna kepada anda dan rakan-rakan.