Program Biasiswa Pelajar Antarabangsa Ajinomoto – Dapatkan geran pengajian lepasan ijazah ke UNIVERSITI TOKYO, salah sebuah universiti terbaik di dunia!
Program Biasiswa Pelajar Antarabangsa 2018 Ajinomoto ASEAN+ONE
Adakah anda memiliki kreteria dibawah?
- Sangat berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di luar negara dalam bidang Sains, Sains Farmaseutikal, Kejuruteraan, Sains Informasi dan Teknologi, Sains Kehidupan & Pertanian, “Interdisciplinary Information Studies” (ITASIA), “Frontier Science” dan Sains Matemaik (kecuali khursus Seni dan Sains Perubatan Veterinar)
- Lulus atau akan lulus ijazah daripada Kolej/Universiti dengan keputusan akademik yang cemerlang.
- Rakyat Malaysia berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 01 April 2018 dan tidak menerima biasiswa lain.
- Pemohon perlu mempunyai penguasaan bahasa Jepun yang baik.
(Hanya untuk Program Pelajar Sarjana – Program 2 tahun) - Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik dan bermotivasi tinggi untuk belajar.
Dan jika anda lulus proses penilaian dan pemilihan Kumpulan Ajinomoto, anda akan layak menerima :
- Elaun bulanan sebanyak 150,000 Yen
(Bagi pelajar yang membuat kajian di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 1 tahun) - Elaun bulanan sebanyak 180,000 Yen
(Bagi pelajar peringkat Sarjana di institut pengajian lepasan ijazah maksimum selama 2 tahun) - Pembayaran penuh meliputi yursan peperikasaan, kemasukan dan tuisyen
Tiket penerbangan sehala ke Jepun disediakan
Jenis Biasiswa Ajinomoto
- Program Pelajaran Penyelidikan + Program Pelajar Sarjana (Program 3 tahun)
- Program Pelajar Sarjana (Program 2 tahun)
Kaedah Permohonan
Muat turun dan lengkapkan borang permohonan serta program pembelajaran.
Sertakan borang permohonan, program pembelajaran yang telah dipenuh isi dan dokumen berikut dalam sampul surat:
- Transkrip Rekod Pengajian asal yang dikeluarkan oleh Universiti atau sekolah pemohon.
(Salinan transkrip tidak akan dilayan. Transkrip hendaklah dalam Bahasa Inggeris atau Jepun) - Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan anda.
(*Dokumen-dokumen yang telah dihantar tidak akan dikembalikan.)
(**Dokumen yang diperlukan bergantung kepada kursus. Sila rujuk kepada “Apendiks 2” untuk maklumat lanjut.) - Hantarkan semua dokumen tersebut melalui pos ke:
AJINOMOTO (MALAYSIA) BERHAD
LOT 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling
58200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Calon-calon yang berjaya untuk temuduga akan diberitahu melalui e-mel.
Untuk maklumat lanjut
Jika mempunyai persoalan sila hubungi :
a) E-mel ke: [email protected]
b) Hubungi: 603-7980 6958 (Samb. 288) – Ms Ann Foo
Borang yang diperlukan dan appendiks
Muat turun semua borang yang diperlukan dan appendiks untuk membuat permohonan Biasiswa Lepasan Ijazah Ajinomoto 2017 di bawah:
- 2018 Appendiks 1
- 2018 Appendiks 2
- 2018 Borang Permohonan
- 2018 Garis Panduan Permohonan
- 2018 Bidang & Program Pembelajaran
- 2018 Borang Pengesyoran
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter