Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak 2019

22303
views

Pinjaman Pengajian Tinggi Perak. Anda anak kelahiran negeri Perak yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian tinggi? Jadi ini dia pinjaman yang sesuai untuk anda.

Pinjaman ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia peranakan Perak yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi meneruskan pengajian ke
peringkat yang lebih tinggi di IPTA/IPTS yang terpilih.

Sila maklum bahawa tajaan pinjaman ini hanya untuk program Diploma, Ijazah, Sarjana dan Ph.D sepenuh masa sahaja.

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Februari 2019. 

Nota : Pastikan anda membaca senarai di bawah sebelum mengisi borang permohonan.

Cara Memohon

  1. Semua permohonan hendaklah dibuat secara online di pautan dibawah.

2. Pastikan anda membaca senarai Syarat Permohonan dan Senarai IPT Yang Ditaja sebelum mengisi borang permohonan.

Nota :
1. Jangan dedahkan ID Pengguna / Katalaluan anda kepada sesiapa.
2. Sila tukar Kata Laluan anda sekerap yang mungkin untuk mengelak pencerobohan.

Kadar Pinjaman

Syarat Permohonan

  1. Pemohon dan Ibu atau Bapa mestilah lahir di Negeri Perak.
  2. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di dalam Negeri Perak melebihi 10 Tahun.
  3. Pemohon dan Ibu atau Bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di Luar Negeri Perak dan telah bermastautin melebihi 10 tahun.
  4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian SEPENUH MASA samada di peringkat
    Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau Ph.D. (Sila lihat senarai IPT yang ditaja)
  5. Bagi pemohon yang sedang belajar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 semester atau 1 setengah tahun tempoh pengajian.
  6. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00.
  7. Umur pemohonon pada 1 Julai tahun semasa mestilah :
  • Diploma : Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.
  • Sarjana Muda / Ijazah : Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.
  • Sarjana / PhD : Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan kerajaan.

*Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup permohonan maka permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya.

Senarai Institusi Pengajian Yang Ditaja

Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA):

  • Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTA

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS):

  • Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  •  Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Jordan sahaja)

  • Pengajian Islam sahaja

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh terus hubungi Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di talian 05-2095311/5312/5314/5318

Dapatkan informasi mengenai biasiswa terkini untuk tahun 2017. Sila klik di sini untuk melihat biasiswa apa yang bersesuaian untuk anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter