Pinjaman Pendidikan Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN)

1319
views
Iklan Infopelajar2u

Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) menawarkan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian berikut :

  • Ijazah / Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam [ IPTA ]
  • Ijazah / Diploma di UNISZA [ kursus selain daripada kursus Usuludin, Dakwah dan Syariah]
  • Ijazah / Diploma & Sijil di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Permohonan akan dibuka mulai 04 Jun 2017 untuk semua kategori permohonan (SIJIL, DIPLOMA & IJAZAH).

Kelayakan Permohonan

Sebelum memohon semak dahulu syarat kelayakan permohonan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia Peranakan Kelantan
  • Bermastautin di negeri Kelantan
  • Telah diterima masuk ke Universiti / Institusi tempatan ( IPTA sahaja )
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu
  • Pelajar-pelajar yang sedang dibiayai oleh penaja lain TIDAK LAYAK memohon

Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat menerusi borang permohonan yang boleh dibeli di pejabat YAKIN dengan harga RM2.00 secara tunai.

Permohonan untuk mendapatkan borang melalui pesanan pos bolehlah dibuat dengan menggunakan nama Kumpulanwang Yayasan Kelantan Darulnaim dan menyertakan sampul surat bersaiz 22 cm x 10 cm beralamat sendiri dan bersetem RM1.00 serta Wang Pos RM2.00.

Borang Permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti / Institusi, salinan keputusan peperiksaan akhir di Universiti / Institusi, sijil kelahiran dan sijil-sijil persekolahan berkaitan yang telah disahkan dan dikembalikan kepada Pejabat YAKIN di alamat berikut :

PENGARAH YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
TINGKAT 5 , KOMPLEKS YAKIN JALAN GAJAH MATI
15000 KOTA BHARU, KELANTAN
[ UP : BAHAGIAN PELAJARAN ]

Permohonan yang lengkap bagi semua kategori hendaklah dihantar kepada pihak YAKIN selewat-lewatnya SEBELUM 30 Ogos 2017. Untuk maklumat mengenai kadar pinjaman yang diberikan klik disini.

Permohonan yang tidak lengkap, lewat diterima atau tidak memenuhi kriteria-kriteria sebagaimana di atas AKAN DITOLAK

Keputusan Permohonan

Senarai nama pemohon-pemohon yang BERJAYA DIPILIH boleh disemak melalui Laman Web YAKIN iaitu yakin.kelantan.gov.my pada bulan DISEMBER 2017.