Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

4987
views
Iklan Infopelajar2u

Yayasan Pahang mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian ke institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan DILULUSKAN OLEH YAYASAN PAHANG.

Tawaran Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Tarikh Permohonan Dibuka : 26 April 2017

Tarikh Permohonan Ditutup : 17 Mei 2017

1) Sarjana/ PhD di IPTA

Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi atau yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mengikuti pengajian dalam bidang-bidang selektif dan kritikal.

Kelayakan Memohon

1. Anak negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :

  • Pemohon atau ibu bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
  • Jika pemohon serta ibu bapa lahir diluar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti yang unggul.

3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

4. Mendapat tempat/ tawaran dari IPT mengikuti kategori yang seperti diatas.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my atau boleh dicapai di ruangan ‘Khidmat Atas Talian’ di laman web Yayasan Pahang.

Borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke Yayasan Pahang (alamat dibawah) beserta dokumen-dokumen yang berkaitan sebelum atau pada 17 Mei 2017 (Rabu)

Untuk Keterangan Lanjut

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel : 09-5181800
Faks : 09-5181888