Pesara ini Sambung Belajar Untuk Kejar Impian Jadi Peguam Di Usia 71 Tahun

443
views

Biarpun usia beliau sudah mencecah 71 tahun, Syed Mansor Syed Salim tidak menganggap perkara itu sebagai halangan baginya untuk mengejar impian menjadi seorang peguam.

Malah, beliau yang kini berada di semester pertama jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia juga berkata pendidikan adalah proses pembelajaran sepanjang hayat.

Pendidikan tidak berakhir apabila anda mencapai usia 40 atau 50 tahun, proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat.

Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi inilah semangat yang saya ada,” kata Syed Mansor.

Dengan segala kemelut yang sedang berlaku, undang-undang mengajar kita untuk melihat apa betul dan apa yang salah sisi undang-undang, dan untuk kita berlaku adil, munasabah, dan saksama, inilah sebab mengapa saya mahu mempelajarinya,” kata bekas pegawai pejabat tanah di Kedah itu sebagaimana lapor mStar Online.

Syed Mansor merupakan pemegang ijazah dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Utara Malaysia pada awal 2000.

Kini, impian datuk kepada tujuh cucu itu adalah untuk menyertai Majlis Peguam dan membuka firma bersama anak perempuannya yang juga seorang peguam.

Lebih mengujakan, Syed Mansor juga telahberpindah dan tinggal di asrama bersama tiga pelajar lain untuk memberi tumpuan kepada pelajarannya.

Hari biasanya bermula pada pukul 7 pagi, di mana beliau akan berjalan kaki kira-kira 200 meter untuk menghadiri kelas dan sesi pembelajaran di kampus, sebelum pulang kira-kira pukul 9 malam.

Saya berasa seperti di rumah sendiri di sini, rakan-rakan saya adalah mereka yang berumur seawal usia 19 tahun dan mereka memanggil saya Tok Wan. Pensyarah pula memanggil saya Pak Syed.

“Pensyarah saya sangat baik,” katanya.

Syed Mansor juga berkata detik yang paling membanggakan untuk dirinya apabila berjaya menjadi peguam.

Detik yang paling membanggakan dalam hidup saya akan berlaku apabila saya menamatkan pengajian dan menjadi seorang peguam,” kata Syed Mansor.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter