Permohonan Pertukaran Pinjaman PTPTN Kepada Biasiswa

13039
views

Kepada pelajar yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama anda bolehlah memohon untuk menukarkan pinjaman PTPTN kepada biasiswa.

Ingat jangan anggap PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa ya. Baiklah disini kami akan kongsikan kepada anda.

Jika anda sudah dapat scroll Ijazah Kelas Pertama pada hari konvokesyen anda, maka cepat-cepatlah menghantar permohonan ini kepada pihak PTPTN.

Syarat Permohonan Pertukaran Pinjaman

  • Graduan dari mana-mana IPTA atau IPTS
  • Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama
  • Ijazah Sarjana Muda mestilah diiktiraf oleh MQA

Cara Membuat Permohonan

Baca dan fahamkan setiap perkataan dilaman web PTPTN ini: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/bayaran-balik/pengecualian

1. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan

  1. Akuan Penerima biaya yang telah lengkap diisi. Pergi ke link ini: http://www.ptptn.gov.my/web/guest/borang2 dan klik pada Borang Akuan Pelajar Bagi Permohonan Pengecualian Bayaran Balik Pembiayaan
  2. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
  3. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan oleh Bahagian Akademik IPT berkaitan.
  4. Bagi penerima biaya IPTS, salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.
  5. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah)

2. Surat Rasmi

Buat surat rasmi permohonan seperti di bawah ini. Jangan lupa ada tandatangan anda.

3. Hantar Permohonan

Pos segala dokumen itu ke alamat yang disertakan dibawah atau hantar sendiri ke sana.

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KUTIPAN BALIK
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
LOT G2, TINGKAT BAWAH WISMA CHASE PERDANA,
OFF JALAN SEMANTAN,DAMANSARA HEIGHTS,
50490 KUALA LUMPUR.
(u/p: Pn. Norzila binti Mohd Yaakob – Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here