Perhatian kepada lepasan Diploma/DKM/DVM/STPM/Matrikulasi yang gagal di dalam permohonan UPU online sebelum ini, permohonan kemasukan pelajar ke Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional dengan kepujian Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM yang telah dibuka pada 25 Februari 2019 untuk sesi ambilan September 2019.
Ini adalah infromasi untuk permohonan UTHM bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional yang meliputi tarikh-tarikh penting, program-program pengajian yang ditawarkan serta syarat kemasukannya.

Permohonan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional
Tarikh-tarikh permohonan di secara online bagi kemasukan sesi September 2019
Dibuka : 25 Februari 2019
Ditutup : 2 April 2019
Cara Membuat Permohonan
- Pemohon sendiri dikehendaki membuat permohonan melalui borang (Eborang) yang telah disediakan di dalam Laman Sesawang di atas bermula 25 Februari 2019 sehingga 2 April 2019
- Pemohon juga dinasihatkan untuk membuat semakan syarat kemasukan terlebih dahulu sebelum mengisi borang permohonan di Laman Sesawang tersebut
- Pemberitahuan kepada pemohon juga, mereka tidak memerlukan apa-apa nombor pin untuk memohon
- Sila buat pilihan bagi mana-mana program yang dikehendaki mengikut keutamaan pemohon
- Sila pastikan pemohon menekan butang “Hantar maklumat permohonan” dan membuat cetakan bagi pengesahan permohonan anda. Sekaligus membuat pengemaskinian borang permohonan yang boleh dibuat pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup
Permohonan boleh dilakukan melalui dua pautan yang dikongsikan di bawah:
Permohonan Kemasukan Pelajar Ke UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/
Permohonan Melalui UPU Online : http://upu.moe.gov.my/
Senarai Kursus Yang Ditawarkan
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik & Elektronik) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Penyejukbekuan & Penyamanan Udara) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Pemesinan Am) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Binaan Bangunan) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Multimedia Kreatif) dengan kepujian
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Kimpalan & Fabrikasi Logam) dengan kepujian
Maklumat Lanjut
Bagi sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai permohonan UTHM 2019 ini. Pemohon boleh mengajukan sebarang pertanyaan dengan menghubungi maklumat-maklumat yang telah disediakan seperti berikut:
E-mail : [email protected]
No Telefon : 07-456 4113/ 4012/ 013-620 4916 (Whatsapp)
Baca : Panduan Permohonan UPU Online 2019 Serta Tarikh Penting
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter