Permohonan UTHM Online Untuk Semester 2 Sesi 2016/ 2017

1202
views

Berita baik buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia untuk program Ijazah Sarjana Muda. Dipetik dari FB UTHM, adalah dimaklumkan yang Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2016/2017 kini dibuka sehingga 31 Oktober 2016.

Permohonan UTHM

Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2016/ 2017

Berikut dikongsikan maklumat Permohonan Kemasukan ke Program Sarjana Muda Semester 2 Sesi 2016/2017. Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) :

  • Tarikh Buka : 16 Oktober 2016
  • Tarikh Tutup : 31 Oktober 2016
  • Applikasi Permohonan : Klik UTHM
  • Pemohon perlu mempunyai akaun untuk membuat pemohonan. Sila ikuti langkah-langkah di applikasi permohonan dalam membuat akaun baru

Semua borang dan dokumen yang telah disahkan hendaklah sampai kepada pihak UTHM selewat-lewatnya pada 3 November 2016. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar beserta salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat berikut :

Timbalan Pendaftar Pejabat

Pengurusan Akademik

Universiti Tun HUssin Onn Malaysia

86400 Parit Raja Batu Pahat

Johor Darul Takzim

Bagi calon yang sedang bekerja dikehendaki mengemukakan surat pelepasan dari majikan dan surat tajaan sewaktu mengemukakan permohonan.

Senarai Kursus Yang Ditawarkan

Kursus/ Program Sarjana Muda yang ditawarkan untuk pengambilan semester 2 sesi 2016/ 2017 adalah seperti berikut :

PERMOHONAN UTHM ONLINE

Semakan Keputusan Permohonan UTHM Semester 2 Online

Keputusan permohonan boleh disemak di Laman Web UTHM pada 16 Januari 2017. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 5 Februari 2017  dianggap gagal dan tidak berjaya.

Diucapkan semoga berjaya buat pelajar yang membuat Permohonan UTHM Semester 2 Online Sesi 2016/ 2017. Semoga impian anda berada di menara gading tercapai nanti.