Permohonan UPSI Intake 2 Sesi 2019 / 2020

59646
views

Kepada anda yang berminat untuk mengikuti pengajian di UPSI, anda bolehlah membuat permohonan.

Bagi lepasan SPM kemasukan program diploma adalah pada bulan November manakala bagi pengajian ijazah sarjana muda, tarikh ambilan pada Februari 2020. Berikut adalah hebahan di laman rasmi permohonan UPSI dan universiti-universiti awam yang lain.

Permohonan UPSI

Sila layari www.upsi.edu.my untuk maklumat terkini.

Diploma : 3 September 2019 hingga 4 Oktober 2019

Sarjana Muda : 3 September 2019 hingga 1 November 2019

Cara Memohon Kemasukan UPSI

Untuk membuat permohonan boleh terus ke untuk ke laman web permohonan melaui pautan yang disediakan dibawah.

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum membuat permohonan, sila pastikan anda mempunyai syarat kelayakan am/ akademik seperti berikut :

  • Lulus SPM dengan Lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan Lulus Sejarah (mulai SPM tahun 2013)

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Teknologi Makmal

  • Mendapat seurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Diploma Sains (Matematik)

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan
  • Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains Tambahan/ Sains dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

Diploma Sains

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

Semoga berjaya kami ucapkan! Rujuk juga pautan dibawah untuk semak info berguna yang kami kongsikan untuk anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter