Permohonan Universiti Sains Malaysia & Universiti Malaya 2017

4818
views
Iklan Infopelajar2u

Informasi buat pelajar lepasan SPM /Setaraf yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya.

Baca : Permohonan UPU 2017 Online Untuk Universiti Awam dan Politeknik

Permohonan kemasukan ke USM dan UM bagi Lepasan STPM/Setaraf juga melalui Sistem UPUOnline http://upu.mohe.gov.my

Permohonan Kemasukan ke Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malayab

Permohonan kemasukan ke USM dan UM bagi sesi 2017/2018 boleh dibuat secara online mengikut kategori samada melalui UPU Online atau POHON USM (Untuk Permohonan USM).

Pemohon wajib membeli Nombor Unik ID dengan harga RM 15.64 (termasuk GST) melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 06 Februari 2017 sebelum mengemukakan permohonan.

Kaedah pembelian No. Unik ID di BSN melalui Kaunter BSN dan bagi pemegang akaun GIRO, pembelian No. Unik ID boleh dibuat melalui Mesin ATM dan Online BSN.

Sila pastikan slip pembayaran sebagai bukti sah pembelian disimpan untuk rujukan

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi pihak UPU di talian helpline (03) 8870 8200.

*Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my

Baca : Permohonan Kemasukan UiTM Sesi 1 2017/2018

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter