Cara Permohonan UiTM & Syarat Kelayakan Mengikut Program

742
views
Iklan Infopelajar2u

Berita baik kepada yang berminat untuk memasuki UiTM, permohonan untuk sesi 2020/2021 telahpun dibuka.

Perkongsian ini adalah untuk menerangkan program yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi portal UPU. Permohonan ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM.

Permohonan Kemasukan UiTM

Pengugusan Fakulti

Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

Gugusan Sains & Teknologi

  • Fakulti Sains Gunaan
  • Fakulti Sains Komputer dan Matematik
  • Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
  • Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
  • Fakulti Perubatan
  • Fakulti Pergigian
  • Fakulti Sains Kesihatan
  • Fakulti Farmasi
  • Fakulti Kejuruteraan Awam
  • Fakulti Kejuruteraan Elektrik
  • Fakulti Kejuruteraan Kimia
  • Fakulti Kejuruteraan Mekanikal
  • Fakulti Perladangan dan Agroteknologi

Gugusan Sains Social & Kemanusiaan

  • Fakulti Undang-Undang
  • Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
  • Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
  • Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka
  • Fakulti Pendidikan
  • Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Fakulti Muzik

Gugusan Pegurusan & Perniagaan

  • Fakulti Perakaunan
  • Fakulti Pengurusan Perniagaan
  • Fakulti Pengurusan Hotel dan Perlancongan
  • Fakulti Pengurusan Maklumat

Pusat Akademik

  • Akademi Pengajian Bahasa
  • Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Baca : Panduan Sebelum Membuat Permohonan UiTM

Sila kenalpasti program pengajian yang bakal anda pilih [ KLIK DI SINI ]

Cara Memohon Kemasukan UiTM

Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali dalam setahun, iaitu pengambilan bagi sesi September dan Mac.

Untuk sesi pengambilan September, pemohon dikehendaki membuat permohonan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan sesi pengambilan Mac pula dikendalikan sepenuhnya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui http://online.uitm.edu.my dalam tempoh ditetapkan.

Iklan pengambilan disiarkan oleh KPTM dalam akhbar tempatan pada awal Januari bagi kemasukan sesi September dan oleh UiTM pada bulan Oktober bagi kemasukan sesi Mac.

Untuk membuat permohonan boleh terus ke untuk ke laman web permohonan melaui pautan yang disediakan dibawah.

Mencetak Surat Tawaran

Calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran, bil bayaran serta dokumen penting di dalam laman web http://www.online.uitm.edu.my bagi tujuan pendaftaran dan pembayaran yuran di mana-mana cawangan Bank Islam.

Semoga berjaya kami ucapkan! Rujuk juga pautan dibawah untuk semak info berguna yang kami kongsikan untuk anda.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here