Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2017

2029
views

Skim Perumahan Belia BSN. Pasangan belia yang berkahwin dan berumur antara 25 hingga 40 tahun serta belum memiliki rumah pertama boleh membuat permohonan bagi Skim Perumahan Belia BSN ( Youth Housing Scheme YHS)

Objektif utama Skim Perumahan Belia BSN diperkenalkan adalah bagi membantu pasangan suami-isteri yang berumur antara 25-40 tahun dan memperoleh pendapatan tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka

Skim Perumahan Belia adalah insentif oleh kerajaan Malaysia dan BSN dengan kerjasama pintar kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Cagamas

Pasangan belia yang sudah berkahwin disarankan mengambil peluang ini sebaik mungkin dengan mengemukakan permohonan kerana Skim Perumahan Belia BSN terhad kepada 20,000 pembeli pertama sahaja serta berkonsepkan ‘siapa cepat dia dapat’

Borang Permohonan Dan Pendaftaran Online Skim Perumahan Belia BSN 2017

Berikut disertakan beberapa maklumat penting mengenai dengan Skim Perumahan Belia BSN

Syarat Kelayakan Permohonan Skim Perumahan Belia BSN

  • Warganegara Malaysia Berumur dari 25 tahun hingga 40 tahun
  • Berkahwin
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah sendiri
  • Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i

Manfaat Dan Kelebihan Skim Perumahan Belia BSN

  • Kadar bunga yang rendah antara BR+0.45% sehingga BR+2.85%
  • Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM200 untuk pelanggan bagi dua tahun pertama bermula daripada pengeluaran pinjaman yang pertama
  • Pembiayaan sehingga 100 peratus harga pembelian dan sehingga 5 peratus harga pembelian bagi MRTT atau MRTA
  • Pengeculian pembayaran duti setem sebanyak 50 peratus bagi penjanjian pinjaman
  • Pembiayaan sehingga maksimum RM500,000 dengan tempoh pembayaran balik sehingga 35 tahun atau umur maksimum 65 tahun

Maklumat lanjut sila klik pada pautan dibawah

Senarai Dokumen Yang Diperlukan Skim Perumahan Belia BSN

Pemohon Bergaji / Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan.
  2. Sijil perkahwinan yang sah.
  3. Slip gaji 3 bulan terkini.
    Nota: Bagi permohonan tunggal, suami atau isteri pemohon perlu mengemukakan satu (1) salinan slip gaji terkini.
  4. Penyata bank 3 bulan terkini.
  5. Slip gaji dan penyata bank 6 bulan terkini. (pendapatan lain)

Penyata KWSP Pemohon Bekerja Sendiri/ Pemohon Bersama (Pasangan Sahaja)

  1. Salinan kad pengenalan
  2. Sijil perkahwinan yang sah
  3. Pendaftaran syarikat (SSM) Borang B/BE + Resit LHDN Penyata Kewangan Syarikat
  4. Penyata bank syarikat untuk 6 bulan
  5. Dokumen lain seperti laporan lawatan tapak dan sebagainya

Borang Permohonan Skim Perumahan Belia BSN 2017

Bagi yang berminat dengan Skim Perumahan Belia/-i boleh mengemukakan permohonan, sila klik pada pautan dibawah untuk mendapatkan borang permohonan.

Maklumat Lanjut

Sebarang keterangan lanjut berhubung dengan Skim Perumahan Belia/-i, sila kunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran

Boleh layari laman web di www.mybsn.com.my atau hubungi talian hotline khidmat pelanggan BSN di 1300-88-5465

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter