Permohonan Rayuan UPU STPM dan Setaraf 2019

2371
views

Pihak UPU mengumumkan, keputusan rayuan akan diumumkan selepas pelajar yang berjaya ditawarkan dalam ambilan pertama.

Keputusan UPU bagi permohonan kemasukan ke peringkat ijazah sarjana muda dijangka bakal diumumkan pada 31 Julai 2019. Sekiranya gagal dalam permohonan rayuan pertama, calon boleh membuat rayuan kedua.

Proses Permohonan Rayuan Fasa 1&2

1) FASA 1 (Sebelum pendaftaran pelajar baharu)

Bagi permohonan RAYUAN FASA 1, ianya akan dibuka sebaik sahaja keputusan diumumkan iaitu 31 Julai sehingga 8 Ogos 2019. Tempoh terima tawaran adalah 31 Julai- 6 Ogos 2019.

Hanya calon yang tidak berjaya ditawarkan langsung ke mana-mana institusi awam sahaja layak membuat rayuan. Kepada yang berjaya, tetapi bukan ke universiti atau kursus pilihan pertama, anda tidak layak membuat rayuan.

Sekiranya, pemohon berjaya dalam rayuan fasa 1 ini, keputusan akan diumumkan antara tarikh 26 Ogos 2019 dan pemohon akan masuk mendaftar bersama-sama dengan pemohon ambilan pertama yang berjaya.

Nota : Bagi pemohon yang masih gagal dalam permohonan rayuan fasa 1, masih diberi peluang dalam rayuan fasa ke-2.

2) FASA 2 (Selepas pendaftaran pelajar baharu)

Rayuan fasa 2 ini adalah automatik, pelajar tidak perlu lagi memohon. Mana-mana pelajar yang gagal dalam rayuan FASA 1, secara automatik akan merayu di FASA 2.

Keputusan rayuan Fasa 2 dijangka akan diumumkan antara 13 September 2019. Pihak UPU akan mengenal pasti kursus manakah yang masih ada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di UA.

Jumlah kursus dan pelajar yang bakal berjaya bagi rayuan fasa 2 bergantung kepada bilangan kekosongan tempat yang masih ada selepas pendaftaran pelajar baharu. Pemohon tidak lagi dibenarkan memilih kursus pengajian. Ianya akan diawarkan secara automatik mengikut kekosongan.

Persoalan Mengenai Process Rayuan

1) Berapakah jumlah program pengajian yang boleh dipilih?

Pemohon dibenarkan mengemukakan EMPAT (4) pilihan program pengajian semasa mengemukakan permohonan rayuan (4 Pilihan kursus sahaja, tidak boleh lebih).

2) Berapa banyak kali kemaskini permohonan boleh dibuat?

Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.

3) Perlukah membeli no pin semula?

Tidak perlu, log masuk sistem seperti biasa menggunakan nombor Kad Pengenalan atau nombor ID sebelum ini.

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan anda yang lain dan semoga berjaya kami ucapkan!

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter