Permohonan Rayuan UPU Sesi 2020/2021 Online

26042
views
Iklan Infopelajar2u

Pihak UPU membuka peluang kepada mereka yang tidak berjaya dalam mendapatkan tempat pada permohonan UPU yang lepas. Permohonan rayuan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf.

Berikut adalah beberapa maklumat mengenai e-rayuan dan semakan keputusan e-rayuan UPU untuk panduan calon yang gagal dalam permohonan.

Cara Permohonan Rayuan UPU

Berikut adalah maklumat berkaitan semakan rayuan UPU sesi ambilan 2020 / 2021 buat rujukan pelajar.

  • Permohonan rayuan boleh dibuat secara online setelah tarikh hebahan keputusan UPU 2020 telah diumumkan secara rasmi.
  • Permohonan rayuan hanya layak dipohon oleh pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Awam di Malaysia.
  • Untuk membuat permohonan rayuan UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/ Setaraf.

Tarikh Permohonan Rayuan

  • Tarikh Buka : 18 Ogos 2020 Jam 12 tengah hari
  • Tarikh Tutup : 28 Ogos 2020 Jam 5 petang

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU di :

Semak contoh proses pemilihan pelajar yang BERJAYA dan TIDAK BERJAYA. Pemohon akan disusun berdasarkan kepada markah merit tertinggi hingga terendah.

Permohonan Rayuan Politeknik

Calon yang gagal permohonan kemasukan ke Program TVET di Politeknik Premier, Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan permohonan rayuan terus kepada agensi yang berkaitan.

Baca : Punca Anda Gagal Permohonan UPU

Dibawah kami sertakan pautan untuk anda menyemak keputusan UPU anda :

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter