Permohonan Rayuan Matrikulasi 2017

490
views

Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam permohonan kemasukan Matrikulasi dan kepada mereka yang gagal anda boleh membuat rayuan sehingga tarikh tutup.

Calon boleh merujuk kepada maklumat penting Semakan Keputusan Dan Rayuan Kemasukan Matrikulasi 2017 di bawah ini.

Permohonan Rayuan Matrikulasi 2017

Bagi pemohon yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan terus, menerusi laman semakan keputusan tawaran tersebut dimana dibuka bermula dari tarikh yang telah ditetapkan

* Rayuan yang dibuat selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan

Cara Membuat Permohonan Rayuan Matrikulasi 2017

Terdapat beberapa kaedah untuk membuat permohonan rayuan, pemohon boleh memilih salah satu daripadanya iaitu sama ada membuat permohonan rayuan secara atas talian (online) atau menghantar surat rasmi ataupun mengunjungi (berhubung terus) dengan Bahagian Matrikulasi.

Secara Online

Rayuan boleh dikemukakan terus secara atas talian (online) menerusi pautan Semakan Tawaran Kolej Matrikulasi 2017

Walk-In

Berhubung terus ke Bahagian Matrikulasi KPM bersama salinan keputusan SPM yang telah disahkan untuk mengisi borang dan membuat rayuan

Menulis Surat Rasmi

Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi dan perlu dilampirkan satu salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang disahkan. Surat Rasmi Permohonan Rayuan Perlu Dihantar Ke Alamat Berikut

Pengarah Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028

E-mel: [email protected]

Contoh Penulisan Surat Rasmi

Contoh surat permohonan rayuan adalah sebagai rujukan pemohon sahaja.

Pemohon boleh menyatakan sebab munasabah lain berkaitan dengan pencapaian akademik atau perkara berhubungkait seperti minat ataupun sebagainya supaya pemohonan rayuan dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya.