Permohonan Program Diploma PPUM 2017

5561
views
Iklan Infopelajar2u

Permohonan Program Diploma PPUM 2017 Pusat Perubatan Universiti Malaya. Bagi lepasan SPM yang ingin meceburi bidang kejururawatan dan perubatan, anda boleh kemukakan permohonan ke PPUM.

Menurut Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya, permohonan kemasukan ke program Diploma Kejururawatan dan Diploma Radiografi serta Diploma Teknologi Makmal Perubatan kini dibuka mulai 16 Mac sehingga 2 April 2017.

Permohonan Diploma PPUM 2017

Tarikh buka permohonan : 16/3/2017 bermula jam 12:00:00 AM
Tarikh tutup permohonan : 2/4/2017 sehingga jam 12:00:00 AM

Semakan status permohonan kepada mereka yang berjaya disenarai pendek bagi sesi temuduga boleh disemak seperti tarikh dan kaedah berikut :

Tarikh Semakan : *Akan Dikemaskini
Applilasi Semakan : Portal Rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya

Program Ditawarkan PPUM

Program diploma yang ditawarkan untuk sesi kemasukan 2017 adalah seprti berikut :

  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Radiografi
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan

Tempat Pengajian : Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Syarat-Syarat Am Permohonan Diploma PPUM 2017

  • Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
  • Jantina : Lelaki dan Perempuan
  • Taraf Perkahwinan : Bujang
  • Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh Masa)

Kelayakan Akademik

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :

  1. Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
  2. Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  3. Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
  4. Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Taraf Kesihatan : Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Cara Memohon Program Diploma PPUM 2017 Online

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui spp.ummc.edu.my.
  2. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.06 untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional + RM0.06 GST).
  3. Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM.
    *Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  4. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temu duga melalui laman web PPUM.
  5. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.

PERHATIAN : Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

No Telefon : 03 -2028 7047 / 03-2028 7071 / 03-2028 7077
08:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat).
atau E-mel : spp@ummc.edu.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter