Permohonan Perpindahan Pusat Ujian MUET

1483
views

Malaysian University English Test (MUET) atau Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia ialah ujian yang mengukur pencapaian dan kemahiran berbahasa Inggeris pelajar-pelajar pra universiti di Malaysia. Ia turut diterima sesetengah universiti di Singapura.

Pelajar berkelulusan STPM, Matrikulasi atau Diploma yang memohon masuk untuk mengikuti ijazah pertama di institusi pengajian tinggi tempatan perlu menunjukkan bukti bahawa mereka telah mengambil ujian MUET. Ujian ini diselia oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Cara Tukar Tempat Peperiksaan MUET

Perpindahan dari satu pusat ke satu pusat ujian yang lain hanya akan dibenarkan jika alasan yang dikemukakan oleh calon adalah munasabah. Permohonan untuk berpindah pusat ujian dalam bandar yang sama tidak dibenarkan.

Pemohon hendaklah melengkapkan borang Permohonan Perpindahan Pusat Ujian (MUET/C2) yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.

Untuk mendapatkan borang MUET/C2, sila klik di sini.

Permohonan hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia (u.p. Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET) melalui Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.

Bayaran perpindahan pusat ujian ialah RM25.00 dan dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran akan dikembalikan jika permohonan tidak diluluskan.

Nota : Permohonan hendaklah dibuat kepada MPM melalui Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing, selewat-lewatnya dua sebulan sebelum peperiksaan bermula.