Home Info Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 1 i-Sinar

Permohonan Pengeluaran KWSP Akaun 1 i-Sinar

302

Perhatian buat anda yang berkelayakan dan berminat membuat permohonan i-Sinar KWSP Akaun 1 secara online. Untuk makluman anda, permohonan i-Sinar KWSP 2020 boleh dibuat secara atas talian (online) mulai 21 Disember 2020 menerusi Portal Rasmi i-Sinar.

Kebenaran ini diberikan disebabkan ramai yang terkesan akaibat covid-19 yang melanda negara. Kriteria kelayakan adalah seperti jadual di bawah ini:

Permohonan I-SINAR KWSP Akaun 1

Sistem yang digunakan buat pengeluaran adalah i Sinar KWSP. Permohonan i-Sinar boleh dibuat melalui pautan yang disediakan dibawah

Permohonan akan mula dibuka kepada semua pada 21 Disember 2020.

Semakan i Sinar KWSP

KategoriKriteria

KATEGORI 1

Berkerja di sektor formal,kerja sendiri, kerja sektor ekonomi gig,telah lama tidak mencarum,hilang pekerjaan, suri rumah, atau yang diberi notis cuti tanpa gaji

1. ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut; ATAU

2. Ahli yang masih kerja, tetapi gaji pokok dikurangkan sebanyak 30% dan ke atas selepas tarikh 1 Mac 2020

Nota : Untuk permohonan kategori ini :

  • Tiada dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Kelulusan automatik.
  • Hanya perlu mohon online bermula 21 Disember 2020.
  • Pembayaran pertama pada pertengahan Januari 2021.

KATEGORI 2

Masih berkerja tapi pendapatan berkurang sebanyak 30% dan ke atas (pengurangan gaji dan elaun,atau potongan tuntutan kerja lebih masa) selepas tarikh 1 Mac 2020.

1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan diperlukan.
2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau overtime (OT).
3. Jika tiada dokumen tersebut, dokumen lain contohnya penyata Bank ataupun surat pengesahan majikan akan dipertimbangkan.
4. Permohonan bermula 11 Januari 2021.

Ketika perbahasan Bajet 2021, pengeluaran sehingga RM60,000 dibenarkan kepada ahli yang layak mengikut syarat yang telah ditentukan. Syarat umum pengeluaran adalah seperi di bawah ini:

Maklumat Lanjut

Apakah itu i-Sinar?

  • Medium diwujudkan KWSP untuk akses kepada pengeluaran akaun 1 KWSP.

Berapakah jumlah pengeluaran?

  • Pengeluaran dari RM10,000 hingga RM60,000. Namun bergantung kepada baki di dalam akaun 1 KWSP.

Apakah beza i-lestari dan i-Sinar?

  • i-Lestari untuk pengeluaran akaun 2 kwsp. Manakala i-Sinar pula buat akaun 1 KWSP.

Bilakah Permohonan akan dibuka?

  • 21 Disember 2020 dan 11 Januari 2021

Baca : Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional Online

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan sama-sama kita putuskan rangkaian virus Covid-19 ini menjaga jarak dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter