Permohonan Pelajar Sarjana Muda Perubatan & Sarjana Muda Pembedahan Universiti Malaya 2017

714
views
Iklan Infopelajar2u

Pengambilan pelajar bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan sesi 2017/2018 telah dibuka bermula pada 21 November 2016 hingga 16 Januari 2017.

KELAYAKAN PERMOHONAN

  • Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam mata pelajaran Kimia, Fizik, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred A (NGMP4.00) dalam mata pelajaran Biologi, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan di peringkat STPM.
  • Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 4.00.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam MUET.
  • Lulus ujian dan temu duga.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan permohonan klik di sini.

PROSUDER PERMOHONAN

Bagi anda yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti kursus ini boleh mendaftar menerusi aplikasi atas talian di http://bmat.edu.my/ yang boleh diakses bermula pada jam 12 tengah hari.

YURAN PERMOHONAN

Yuran permohonan bagi menduduki peperiksaan khas untuk kemasukan ke kursus ini adalah RM200.00. Pembayaran yuran boleh dibuat secara atas talian menerusi kad kredit dan perbankan atas talian.

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi 03-79674941 atau email ke bmat@um.edu.my

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter