Kepada anda yang berminat untuk berkhidmat sebagai Pegawai Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM).
Calon yang berjaya akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat, Kapal DiRaja Sultan Idris 1 dan Kolej Tentera Udara.
Permohonan Pegawai Kadet ATM
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan pegawai kadet ATM 2019 :
- Warganegara Malaysia.
- Jantina Lelaki dan Wanita.
- Umur Tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018.
Lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM.
Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.
Selain itu, calon juga hendaklah memenuhi kriteria fizikal seperti berikut:
- Tinggi Minimum; Lelaki (1.62m) Wanita (1.57m)
- Berat Minimum; Lelaki (47.5kg) Wanita (45kg)
- Beza Ukuran Dada; Lelaki (5cm) Wanita (4cm)
- Body Mass Index (BMI); 18 hingga 26
Kelayakan Akademik
Kelulusan Asas
- Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.
Kelulusan Pengajian Tinggi
- Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas.
Senarai jurusan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Kejuruteraan
- Mekatronik
- Nuklear
- Kimia
- Pembuatan
- ElektronikIndustri
- Automotif
Senibina
- Sains Ukur & Geomatik
- Sains Senibina
- Ukur Bahan
- Ukur Bangunan
- Geospatial
Teknologi Maklumat / Komputer
- Sains Matematik
- Sains Komunikasi
- Sains Fizik
- Keselamatan Siber
- Grafik & Multimedia
Perhotelan & Katering
- Pengurusan
- Perkhidmatan Pemakanan
- Sains Makanan
- Teknologi Makanan
- Pengurusan Makanan
Kewangan / Perakaunan
- Kewangan & Pentabiran
- Perakaunan
Pengurusan
- Pengangkutan & Logistik
- Sains Sukan
- Pengurusan Projek
Pendidikan
- TESL
- TESOL
Pengajian Islam
- Tahfiz Al-Quran & Qirat
- Pengajian Islam & Bahasa Arab
- Al-Quran & As-Sunnah
- Ilmu Wahyu & Tamadun Islam
- Pengajian Islam & Dakwah
- Syariah & Perundangan Islam
Lain-Lain
- Undang-Undang
- Sains Sosial (Kajian Jenayah)
- Teknologi Percetakan/ Tekstil
- Sains Gunaan (Fizik Gunaan)
- Sains Statistik
- Psikologi & Kaunseling
- Remote Sensing
- Seni Muzik
Nota
Pelajar lepasan IPTA dalam / luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang JPA di www.jpa.gov.my manakala bagi calon kejuruteraan, kelulusan calon mestilah diiktiraf oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan (EAC).
- Calon yang layak akan dipanggil menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan kelak.
- Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan pengambilan Pegawai Kadet Lepasan Ijazah bagi tahun 2019 di laman sesawang Portal ATM yang disediakan dibawah :
Calon juga dikehendaki memajukan resume dan salinan dokumen peribadi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil SPM, transkrip ijazah, gambar ukuran pasport, nombor telefon dan email ke [email protected]
Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2018
Untuk maklumat lanjut anda boleh download file PDF di sini.
Baca : Permohonan UPSI Lepasan SPM Ambilan November Sesi 2018 / 2019
LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter