Permohonan Online Kad Diskaun Pelajar KTM iCard Student

5715
views
Iklan Infopelajar2u

Pelajar sekolah, kolej dan semua universiti di Malaysia boleh merebut peluang bagi mendapatkan diskaun harga tambang perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sehingga 50 peratus dengan membuat permohonan KTM i- Card Student

KTMB-i- Card Student diperkenalkan oleh pihak yang terlibat untuk mengelakkan penyalahgunaan tambang konsesi pelajar oleh bukan pelajar sekolah, kolej dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ataupun yang sudah menamatkan pengajian

KTM ICARD STUDENT

PERMOHONAN TERKINI KAD DISKAUN PELAJAR KTM I-CARD SECARA BORANG ONLINE

Sehubungan dengan itu, mereka yang layak perlu membuat permohonan KTMB-i- Card Student kerana selepas ini tidak lagi boleh menerima diskaun dengan menggunakan kad pelajar sedia ada

Untuk makluman, bermula 5 April 2016, para pelajar boleh membuat permohonan “KTMB i-Card Student” secara atas talian (online) dengan menerusi portal rasmi KTMB

Pemohon boleh mengisi borang pendaftaran secara online dan membuat pembayaran yuran pendaftaran sebanyak RM35 (termasuk GST dan kos penghantaran)

Pembayaran boleh dibuat secara “internet banking” sama ada melalui kad kredit / debit atau saluran “online banking” yang ditawarkan seperti maybank2u, cimbclicks dan lain-lain

Makluman

Sebagai makluman, berkuatkuasa 07 Disember 2015, pihak KTMB telah memperluaskan kepenggunaan kad konsesinya (KTMB-i- Card Student) untuk Perkhidmatan Komuter Lembah Klang

Para pelajar IPTA dan IPTS yang sering menggunakan Perkhidmatan Komuter, boleh membuat permohonan untuk mendapatkan KTM i-Card dan layak mendapat potongan diskaun 40% dari harga tambang perjalanan untuk perkhidmatan tren Intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren Komuter di Lembah Klang sahaja

Syarat Permohonan KTM I – Card Student

  • Pelajar sekolah, kolej dan Universiti di Malaysia
  • Bayaran yuran tahunan sebanyak RM35.00 termasuk GST dan Caj penghantaran
  • Tempoh sah guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian

Cara Membuat Permohonan KTM i-Card Student Secara Online

Para pemohon boleh membuat permohonan KTM i-Card secara atas talian (online) dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan klik pada judul pautan di bawah

[+] Sistem Aplikasi Borang Permohonan (Apply) Online KTM i-Card Student

[+] Persoalan Yang Sering Ditanya (FAQ) Dan Jawapan KTM i-Card Student

Bantuan Dan Pertanyaan

Sekiranya sistem aplikasi permohonan secara online KTM i-Card Student mengalami gangguan, pemohon boleh mendapatkan borang manual di portal rasmi KTMB untuk membuat permohonan

[+] Portal Rasmi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan KTMB di saluran dan kaedah seperti berikut

+603 2267 1200

Email: callcenter@ktmb.com.my

Stesen-stesen KTMB yang berhampiran