Kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPSI Februari 2017

5257
views
Iklan Infopelajar2u

Kemasukan UPSI Februari 2017 Online Program Ijazah Sarjana Muda. Berita baik buat lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma yang berminat menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidkan Sultan Idris (UPSI) Sesi Akademik 2016/2017 (Ambilan Februari).

Dikongsikan dari Facebook Bahagian Hal Ehwal Akademik UPSI, permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Setaraf akan mula di buka mulai 10 Oktober 2016 (Isnin).

*Update Info 

Semakan layak menduduki Temu duga / Ujian Khas bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dijangkakan akan diumumkan pada 21 Disember 2016 dan boleh mula disemak selepas jam 12.00 tengah hari. Semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa. Semoga Berjaya!

permohonan upsi

Permohonan UPSI Februari 2017 Online : Program Ijazah Sarjana Muda

Berikut adalah maklumat berkaitan Permohonan Kemasukan ke UPSI sesi Februari 2017.

* Maklumat permohonan meliputi program yang ditawarkan, syarat kelayakan dan lain-lain lagi akan dikongsikan selepas iklan dikeluarkan

  • Tarikh tutup permohonan : 31 Oktober 2016

Maklumat permohonan di bawah ini adalah untuk sesi ambilan Februari 2016 yang boleh dijadikan panduan kepada bakal pemohon

Program-program yang ditawarkan bagi sesi kemasukan UPSI Februari 2016 ini:

BILFAKULTIKOD PROGRAMNAMA PROGRAMALIRANSEMAKAN SYARAT
1FPTVAT09Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian) dengan KepujianSAINSklik disini
2FSSKjAS20Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) Dengan KepujianSAINS & SASTERAklik disini
3AS74Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan) Dengan Kepujianklik disini

Untuk mengakses ke sistem permohonan kemasukan, pemohon perlu membeli BITARA ID IJAZAH di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Negara

Pemohon boleh mula mengakses sistem permohonan kemasukan mulai 10 Oktober 2016 (Isnin).

Applikasi Permohonan UPSI 2017

* Nota : Pemohon diwajibkan menghantar Perakuan Permohonan (Online) Kemasukan yang telah dicetak ke:

Bahagian Hal Ehwal Akademik, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.
(u/p : Unit Kemasukan)

Semakan Keputusan UPSI 2017

Semakan Temuduga Kemasukan ke UPSI bagi lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2016/2017 (Februari) boleh mula di buat pada 21 Disember 2016.

* Perubahan tarikh adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari semasa ke semasa.

Kepada pelajar yang berminat, bolehlah mengikuti maklumat terkini Permohonan UPSI Februari 2017 Online Ijazah Sarjana Muda di Facebook Bahagian Hal Ehwal UPSI. Selamat memohon dan semoga anda berjaya nanti.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter