Permohonan Murid Tahun 1 Online 2018/2019

2215
views

Pendaftaran dan permohonan secara atas talian (online) kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia ambilan tahun 2018 dan 2019 kini dibuka mulai 1 Mac 2017

Permohonan pendaftaran murid tahun 1 bagi ambilan 2018 dan 2019 secara online melalui sistem yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Cara ini hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan perlu terus berjumpa pentabiran sekolah.

Tempoh Permohonan Pendaftaran Dibuka

Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017.

Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan

Kemasukan Tahun 2018 : Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012

Kemasukan Tahun 2019 : Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2012 hingga 1.1.2013

Cara Mendaftar Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019

Semenanjung Malaysia

Bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, ibu bapa atau penjaga boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang pendaftaran online.

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) di pautan berikut:

Sabah, Sarawak dan Labuan

Bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan ke Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual dengan menghadirkan diri di sekolah yang berhampiran untuk mengisi borang.

Semoga maklumat pendaftaran murid tahun satu ini bermanfaat buat ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal memasuki alam persekolahan.

LIKE dan FOLLOW infopelajar2u di Facebook dan Twitter